ZamaN DoLu-DoLu....

ZamaN DoLu-DoLu....

abOuT mY DreAm

hai..i a new bloggers ..so please to meet you all. tunjuk ajar ku sifu... what my dream is? i just wanna be myself and to be a great person in this world..i hope so..but human all not perfect..so do i..but i can be among of the best if i want it..ur all can dream like me if u want it to be..it all depand on our desire to make it be true....and someday when ur realize ur can do it don't stop just like that ...just do it k....our life is short so enjoy it as ur can......('',)v



AbOuT mE

My photo
Where i stand, Where i live, Malaysia
Happy go lucky person..wanna make me hot? come and know me first..then we can get down if ur wanna babey..hahaha

Wednesday, October 20, 2010

BAB 3 E-NOVELLA TATKALA KU PEJAMKAN MATA

BAB 3 : DUNIA BARU KU...

[Prolog]

“Kasih ku sanggup renangi lautan luas demi mencari mu, di dalam hati ini telah terikat kemas janji kasih yang kita temeterai dulu. Janji yang sukar untuk ku pedulikan, bagai telah disumpah ikatan kasih ini. Di mana engkau kasih, fahamilah hati ini yang ingin sentiasa bersama diri mu........

Ku tunggu kepulangan mu kasih...........................”

Cinta abadi sentiasa di dambakan setiap insan di dunia ini, cinta yang suci dan tiada berbelah bahagi. Namun begitu, masih adakah keadilan cinta seperti itu pada zaman sekarang ini. Cinta yang dilambakkan dan dicurahkan kadang-kala hanyalah kata-kata yang ingin menagih sesuatu, harta benda....hawa nafsu.....apa yang di dambakan oleh manusia sekarang ini. Tidak rela hati untuk berkongsi kasih namun begitu itulah hakikat sebenar dunia sekarang. Kita terpaksa berkongsi kasih, adakah keji kepada yang merebutnya yang hanya ingin merasa seculit kasih yang ada. Pedulikan itu semua, setiap manusia berhak untuk dikasih dan mengasihi, tidak kiralah ianya terpaksa dikongsi asalkan sama merasai kasih sayang yang kian dicemari oleh pembohongan demi menutup lubang-lubang penipuan..................

Bab 3 : dunia baru ku........

Setelah terjalinnya satu ikatan janji yang akan membawa mereka ke satu tahap dan alam yang lain iaitu alam persahabatan.

“sofea, kamu boleh duduk dibelakang tengku dan Adrian awak duduk disebelah tengku ya”arah cikgu Salmah kepada sofea dan Adrian.

Tanpa membantah anak-anak kecil itu hanya mematuhi arahan yang diberikan oleh cikgu mereka itu. Lagipun tidak manislah seorang budak lelaki duduk dengan budak perempuankan. Maka, mungkin sebab itu cikgu salmah bertindak sedemikian. Lagipun tempat duduk asal sofea yang mula-mula masih kosong dan disebelahnya telah diduduki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang agak montel badannya. Sungguh comel sekali, bertocang dua dan agak gebu pipinya. Sofea berkenalan dengan jiran sebelahnya yang juga merangkap bakal teman baiknya juga. Satu lagi perjanjian telah terjalin setelah nama dan jari-jemari comel itu bersilangan diantara satu sama lain. Alesya namanya, sedap sungguh nama.

Setelah semuanya duduk ditempat masing-masing, maka kelas pada hari pertama itu telah bermula apabila cikgu salmah memperkenalkan dirinya selaku guru kelas tersebut. Para ibu bapa hanya memerhatikan daripada luar. Sesekali tengku akan melihat diluar untuk memastikan ibunya masih berada disana. Memang setia seorang ibu menanti anaknya. Jangan sesekali untuk memeungkiri janji yang telah dibuat dengan anak kecil kerana hati kecil itu mudah tersentuh dan terganggu. Merajuk la jawapannya dan sungguh sukar untuk dipujuk tetapi rahsia untuk memujuk tersemat di dalam hati seseorang yang bergelar ibu itu.

“baiklah setakat ini sahaja untuk hari ini, kamu semua boleh rehat di kantin sekolah dan jangan ada yang cuba untuk ikut ibu atau bapa pulang kerumah ya”arahan yang diberikan oleh cikgu salmah kepada anak-anak muridnya itu.

“baik cikgu”sekalian makhluk di dalam kelas itu serentak menjawab.

“bagus, tapi ingat jangan balik rumah kerana selepas rehat masih ada aktiviti yang akan kita lakukan”jelas sekali lagi cikgu salmah melarang semua anak muridnya itu daripada pulang ke rumah.

“baik cikgu”sekali lagi sekalian makhluk di dalam kelas itu menjawab dengan serentak.

“baik lah kamu semua boleh pergi rehat”balas cikgunya itu

Seraya itu, loceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Ramai sungguh ibu bapa dan murid-murid pergi menyerbu ke kantin sekolah. Mungkin mahu mencari tempat untuk berehat.

Satu kelibat kecil melangkah keluar daripada kelas itu sambil mencari ibunya. Tengku mencari-cari ibunya itu, yang hilang secara tiba-tiba. Hampir terjatuh air mata anak kecil itu. Tetapi tidak sempat bercucuran, bahu tengku di sapa oleh Adrian yang datang dari belakang.

“awak, apa nama awak tadi”tanya Adrian kepada tengku.

“saya Tengku Nur Aliff B. Azman”balas tengku dengan keadaan kaku.

“nak panggil awak nie apa”tanya Adrian lagi

“panggil saya tengku jew”balas tengku

“ada kew nama orang tengku jew”gurau Adrian

“tengku la... nama saya bukan tengku jew”balas tengku dalam nada yang sedikit marah

“tengku la pulak..apa nama betul awak nie” tanya Adrian lagi, makin menjadi-jadi gurauannya itu.

“my name T.E.N.G.K.U” balas tengku dalam nada yang lantang sedikit kuat.

“wa.. jangan la speaking dengan saya, saya tak pandai la”ujar Adrian sambil ketawa kecil

“so.....”balas Tengku

“tengku jom kita g rehat nak”ajak Adrian

“saya tunggu ibu saya, mana dia pergi nie...kata nak tunggu sampai tengku rehat”berubah muka anak kecil itu kembali dengan mulutnya yang kian memuncung panjang itu.

Tidak jauh dari situ, satu kelibat wanita yang hampir berusia 30-an melangkah gagah menuju kea rah tengku dan Adrian. Siapa lagi kalau bukan ibu kepada tengku.

“sorry dear, mama pergi toilet kejap, tak tahan” sambil tersenyum cuba memujuk anak kecilnya itu.

“anak mama nie marahkan mama kew”duga ibu tengku kepada tengku.

“tak la, tengku ingat mama dah balik rumah dah”menitis sebutir permata yang begitu berharga.

“ala, jangan menangis ya sayang. Kan ibu dah janji dengan tengku nak temankan tengku sampai rehat. Tak kan mama nak mungkir janji kot. Mama takut masuk neraka tahu”balas ibunya sambil memujuk.

Adrian yang terpacak sebelah mereka kelihatan seperti tidak dihiraukan. Mungkin Datin Liza sibuk untuk memujuk anak manjanya itu.

“oh ya, nie sapa tengku”tiba-tiba datin Liza perasan ada seorang kanak-kanak yang baik rupa parasnya. Tekanya mungkin darah campuran agaknya.
“tah, tengku tak ingat nama dia la mama”balas tengku yang masih merajuk.

“ala tengku nie. Kan tengku dah kenal dia dia dalam kelas tadi kan. Mama tengok dari luar”balas mamanya sambil memujuk anaknya itu lagi sambil mengusap-usap rambut halus anaknya itu.

“tak ingat la mama, susah nak sebut nama dia”balas tengku lagi, mungkin mahu membalas dendam kepada Adrian yang mempermainkan dia sebentar tadi.

“hehe..iya kew susah nak ingat nie”balas ibunya yang tahu anaknya itu sememangnya seorang kanak-kanak yang pandai dan cepat menghafal.

“betul mama, kalau mama nak tahu mama tanya la dia sapa nama dia”ujar tengku, sambil melihat Adrian yang masih terdiam kaku melihat adengan ibu dan anak yang terpisah dan bertemu kembali . (hehehe tergelak kecil penulis)

“iya, mama tanya sediri la yea”ujar datin Liza

“siapa nama anak nie, comel sungguh” tanya datin Liza kepada Adrian.

“Putera Adrian Hakimi Bin Mansor”jawab Adrian.

“mansor?”tersentap seketika sambil berfikir dan sambungnya “dato’mansor yang tinggal dekat Taman Mewah bukit Antarabangsa tue ke?

“ya aunty, aunty kenal ayah saya kew? Tanya Adrian kepada datin.

“kenal la, anak dato mansor rupanya, kawan kepada ayah tengku”balas datin Liza kepada Adrian.

“owhh”seakan-akan faham bicara orang dewasa itu.

“tapi, Adrian nampak lain. Mungkin kerana rambut Adrian kot”ketawa kecil datin kerana selama ini dia hanya melihat Adrian dengan rambutnya yang terpacak-pacak. Itu pun tidak selalu kelihatan. Biasa la kawasan rumah orang kaya, mana reti nak jaga hal orang. Entah-entah jiran pun tidak kenal.

Datin hanya pernah melihat Adrian sekali sahaja, itu pun sewaktu ayah Adrian menjemput dato’dan datin ke parti di rumahnya. Patut la seakan-akan kenal tetapi tidak pasti kerana hanya pernah melihat Adrian pada party itu sahaja. Waktu lain banyak dihabiskan dirumah dan perhatian banyak diberikan kepada Tengku sahaja.

“mama kenal kew budak nie mama? Tanya tengku kepada ibunya.

“ya, mama kenal. Dia nie anak kawan papa tengku.” Balas ibunya

“owhhh” Tengku seakan-akan mengerti apa yang diperkatakan oleh ibunya itu.

“jom la kita pergi makan. Mama ada bawak bekal. Ajak Adrian sekali ya” arah ibunya itu supaya tengku mengajak Adrian sekali untuk makan.

“kau budak, sapa nama awak tadi”tanya tengku bagai masih tidak berpuas hati kepada Adrian.

“Adrian” balasnya yang sedikit mencuka kerana tidak suka ditegur begitu tapi masih menjawap pertanyaan tengku itu.

“jom g makan, mama saya ajak awak sekali”ajak tengku bagai ajak-ajak ayam.

“terima kasih”ucap Adrian.

Sungguh beradap anak kecil itu, mungkin telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya beradap sopan dan memnghormati orang yang lebih tua. Setelah di ajak sekali untuk menikmati makanan yang dimasak khas untuk tengku itu, Adrian hanya membuntuti tengku yang berjalan ke arah mamanya yang telah memilih satu tempat rehat yang berbumbung bulat dan mejanya juga bulat. Mereka bertiga menikmati makanan yang telah dibawa oleh ibu tengku. Rakus juga tengku dan Adrian menikmati makanan tersebut, mungkin sedap atau mungkin juga kerana perut mereka sudah memberontak mahukan makanan.

20 minit kemudian................

Ringggggggggggggggggggggggg.....ringggggggggggggggggggggggggggggggggggg....ringggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg...ringg

Loceng berbunyi yang menandakan waktu rehat telah tamat. Ibu tengku mengemas bekas makanan yang licin dimakan oleh dua orang raksasa kecil yang kelaparan. Syukur kerana makanan yang dibawa habis kerana membazir itu sahabat syaitan...

Tengku dan Adrian berjalan seiringan memasuki ke dalam kelas mereka yang tidak jauh dari tempat mereka rehat. Sofea dan alesya juga mengekori mereka dari belakang dan masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing. Mungkin tiada apa yang ingin dibualkan, maklumla hari pertama sekolah dan hari pertama baru berkenalan, semuanya bagai malu-malu kucing, tambahan pula masing-masing sedang kenyang.

Tunggu sahaja bila sudah seminggu dua, pasti riuh rendah kelas tersebut. Namun begitu, murid-murid di dalam kelas tersebut bukan calang-calang orangnya. Semua memiliki kelebihan sendiri, mungkin juga bila besar nanti menjadi orang yang berpengaruh dan berjaya. Namun masa kini mereka hanyalah anak-anak kecil yang tidak dapat berfikir dengan jauh lagi apa yang mungkin mereka lakukan pada masa hadapan, yang mereka tahu pergi ke sekolah untuk belajar atau disuruh oleh ibu bapa mereka.

Sesi seterusnya dimulankan oleh guru kelas tersebut oleh cikgu salmah......

“baiklah murid-murid, pagi tadi kita semua sudah berkenalan diantara satu sama lain. Jadi sekarang kita memerlukan seorang ketua darjah beserta pembantunya”jelas cikgu salmah kepada murid-muridnya.

Adakah bicara orang dewasa bergelar cikgu itu difahami oleh anak-anak kecil itu. Anak-anak itu semuanya hanya menganggukkan kepala dan berkata “baik cikgu”.

“baiklah kalau semua kamu faham. Jadi ada sebarang cadangan siapa yang layak untuk dijadikan ketua kelas dan pembantu ketua kelas”soal cikgu salmah kepada semua anak muridnya.

Satu kelibat bangun dan menganggkat tangan dan bertanya...

“cikgu ketua kelas tue nanti kena buat apa cikgu” tanya anak kecil yang bernama haziq yang duduk diceruk kelas itu.

“ketua kelas dan pembantu ketua kelas akan membantu cikgu nanti”jelas pendek oleh cikgu salmah.

“owhh, begitu ya. Kalau begitu saya cadangkan diri saya la kalau macam tue, sebab saya suka tolong orang”jelas haziq yang mencalonkan dirinya sebagai ketua kelas.

“bagus haziq, kamu seorang yang berani”puji cikgu salmah kepada haziq

Senyum bangga haziq sambil kembali dalam keadaan duduk. Ali yang berada di sebelah haziq menguis2 sikunya kepada haziq sambil tersengeh. Mungkin sekali bangga dengan haziq kerana kawan sebelahnya bakal menjadi ketua kelas. Anak-anak kecil bisakah mereka mengerti tugas seorang ketua kelas sungguh berat.

(penulis ; kalau saya tak nak jadi ketua kelas..hehehe penat kesana kesini).

Tanpa ada bantahan daripada sekalian rakyat yang hanya menurut sahaja itu, dengan rasminya Haziq budak yang gempal itu menjadi raja kepada kelas tersebut @ ketua kelas dan masih ada satu jawatan lagi yang akan di isi iaitu penolong ketua kelas merangkap pemaisuri kepada raja kelas itu.

“baiklah murid-murid, sekarang kita sudah ada ketua kelas dan sekarang kita cari penolong ketua kelas pula ya”kata cikgu salmah yang ingin pencarian raja dan pemaisuri itu cepat selesai.

Sofea bangun dan mencadangkan alesya sebagai calon dan manakala alesya pula bangun setelah sofea duduk dan mencadangkan nama sofea sebagai calon juga. Wah.. ada dua calon pula kali ini. Manakala murid-murid lain hanya mendiamkan diri, mungkin takut atau tidak berminat untuk bertanding menjadi wakil rakyat agaknya.

Sofea dan Alesya dipanggil kehadapan untuk memperkenalkan diri mereka setelah diarah oleh cikgu salmah untuk berbuat demikian dan seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada kelas tersebut.

“baiklah murid-murid sekalian, siapa yang sokong Alesya sila angkat tangan”arah cikgu salmah kepada anak-anak muridnya itu.

Maka rakyat jelata kali ini terpaksa mengundi untuk memilih bakal pemaisuri kelas tersebut. Ramai juga yang menyokong Alesya, mungkin sepadan dengan Haziq barangkali. Bentuk badannya sudah lebih kurang sama. Manakala ketika giliran sofea pula untuk diundi, ramai juga yang mengangkat tangan. Setalah di hitung oleh cikgu salmah, keputusan pun diumumkan.

Sofea telah kalah tipis dan Alesya telah menang dengan majoriti mudah. Sofea hanya kekurangan dua undi sahaja untuk mengalahkan Alesya, tetapi anak kecil itu tidak kecewa atau menangis kerana barangkali tidak tahu lagi akan perasaan dikalahkan.

Ibu tengku telah lama pulang setelah habis waktu rehat tadi lagi. Kini tengku meneruskan hari persekolahan pertamanya dengan gembira sekali. Senyum lebar tengku kerana dia sudah ada kawan dan mempunyai guru kelas yang baik.

Hari pertama persekolahan tengku berlalu sudah. Pak Mail dan datin datang menjemput Tengku pulang dari sekolah pada jam 1.30 petang. Segala yang berlaku pada hari itu telah diceritakan dengan penuh ghairah sekali oleh tengku kepada ibunya dan Tok nya itu. Hanya ketawa kecil yang kedengaran di dalam kereta BMW 553i yang berwarna putih itu yang memecahkan kesunyian jalan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun begitu, ada sekeping hati yang risau akan hari esok apa yang bakal berlaku nanti.

Siapakah dia, hanya tuhan yang tahu segalannya....................................Allah Maha Besar....

Bersambung..................................

Nantikan bab 4 yang bertajuk “ada ku kisahhhhhhhh”hehehehe...tak da la..penulis tak tahu lagi tajuk apa nak letak but jalan citer dah ada dah...so tunggu episode 4 k......

Kata-kata hikmah dariku

“lambaian seseorang tidak mungkin akan tersambut sekiranya dia keseorangan, namun begitu adakah kita di muka bumi ini keseorangan”

renung-renungkan..dan selamat membaca...

1 comment: