ZamaN DoLu-DoLu....

ZamaN DoLu-DoLu....

abOuT mY DreAm

hai..i a new bloggers ..so please to meet you all. tunjuk ajar ku sifu... what my dream is? i just wanna be myself and to be a great person in this world..i hope so..but human all not perfect..so do i..but i can be among of the best if i want it..ur all can dream like me if u want it to be..it all depand on our desire to make it be true....and someday when ur realize ur can do it don't stop just like that ...just do it k....our life is short so enjoy it as ur can......('',)v



AbOuT mE

My photo
Where i stand, Where i live, Malaysia
Happy go lucky person..wanna make me hot? come and know me first..then we can get down if ur wanna babey..hahaha

Sunday, November 14, 2010

BAB 5 : TATKALA KU PEJAMKAN MATA

BAB 5 : KALA INI KU SENDIRIAN ( BAHAGIAN 2)

[Prolog]

“ I L.O.V.E U, ujar satu suara lembut yang datang dari arah belakang Tengku. Suara itu memang dikenali sangat oleh Tengku. Badan tengku ditarik rapat dan dipeluk badan itu dari belakang.......” indah saat itu, pertama kali di dalam hidup tengku dan mulai dari saat itu hala tuju dan masa depan akan bakal merubah hidup Tengku...........”

Siapakah yang mengucapkan kata-kata manis itu?




Kelibat manusia berjalan ke sini sana sungguh deras bagai fomula 1 yang berlumba-lumba diantara satu sama lain. Tidak dihiraukan kelibat manusia yang duduk dengan menadah tangan meminta seculit simpati daripada alam ini. Hujung mata pun kalau boleh tidak mahu dipandang mereka. Ish..ish... manusia kini hanya memikirkan diri sendiri tidak seperti manusia dahulu kala yang sentiasa bersama dan membantu diantara satu sama lain.


KALA INI KU SENDIRIAN ( BAHAGIAN 2)

Jom sambung citer nie.......

Perbualan telefon

“dol, ko kat mana nie? tanya penulis kepada pembantunya itu.

“otw bos..jap lagi sampai”balas dol yang tengah drive moto kapcainya itu.

“otw apanya dah jam berapa nie.. nie yang aku malas nak bg kau pegang kunci opis nie”ngumam penulis

“sorry bos, saya bangun lambat pagi tadi, dah nak sampai dah nie..kejap jew lagi 5 minute bos” balas dol yg mula merempit. Sambil menamatkan perbualan dengan bosnya itu.

“dol..dol...ello..ello..mangkuk punya budak”sedikit marah penulis.

So terpaksa la penulis melepak kejap di kedai mamak sambil membuka laptop kecilnya itu dan mula menulis sambungan cerita TATKALA KU PEJAMKAN MATA EPISOD 5.

***

Tiba-tiba, semua lampu telah terpadam. Naik gabra Tengku dan Tengku memang takut dalam keadaan yang gelap, hampir menjerit tengku dibuatnya. Namun Adrian sedia menemani Tengku di sebelahnya.

“awak jangan takut, saya ada kat sebelah awak”jelas Adrian yang cuba menenangkan Tengku

“bukan takut just saya terkejut jew, why lampu semua terpadam nie. do something ad. Saya tak suka gelap-gelap nie”balas Tengku yang sedikit cemas.

“don’t worry my friendz, let me handle this situation k”balas Adrian

“worry-worry, cepat la cari apa-apa yang boleh buat tempat nie terang balik”kata Tenkgu yang makin cemas.

“ok..ok...tunggu sini k, ad nak cari something yang boleh terangkan kawasan nie balik k”kata Adrian yang cuba menenangkan tengku sambil berlalu mencari sesuatu dengan cahaya lampu daripada telefon bimbitnya itu.

“hurry up Adrian”tengku masih dalam keadaan cemas.

“yea la.. ad tgah usahakan la nie”balas Adrian yang makin jauh meninggalkan Tengku.

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi dan hanya bunyi-bunyi cengkerik sahaja yang menyanyi riang. Tengku yang dalam keadaan cemas tadi kembali tenang tetapi masih takut kerana dia keseorangan, namun keindahan langit malam itu yang dihiasi berjuta bintang terang sedikit sebanyak telah menenangkan hati yang gusar itu. Teralih perasaan tengku sebentar melihat kebesaran ciptaan tuhan yang maha besar.

“mak kau jatuh melompat”tiba-tiba tengku tersasul dan lamunannya itu telah terganggu sebentar kerana seekor katak telah melompat ke atas pehanya.

“TOLONG.........................................”jerit tengku yang tiba-tiba terkejut.

Bukan main kuat jeritan Tengku, mungkin boleh didengar oleh sekalian alam (bayangkan la tetiba kita terkejut kat tempat gelap gelita plak tue..ish3..mana Adrian nie). namun tiada sesiapa yang datang membantu. Kemana saja Adrian telah pergi. Tengku berlari bertempiaran dibuatnya sambil menjerit nama ad.

“ad...mana kau nie..wei tolong aku ad”jerit Tengku memanggil nama Adrian namun tiada balasan atau sahutan daripada Adrian.

Sudahlah gelap gelita hanya bercahayakan bulan mengambang. Orang kata kalau bulan mengambang nie ada hantu. Tiba-tiba terlintas difikiran tengku, saat itu juga tiba-tiba tengku terdengar salakkan anjing. Apa lagi hampir menangis remaja itu dibuatnya sambil memanggil-manggil nama kawannya itu.

Tiba-tiba satu cahaya telah muncul dari arah dalam kedai usang itu dan satu nyanyian didendangkan.

“happy birthday to you...happy birthday to you..happy birthday to Tengku Nur Allif..happy birthday to you...”dinyanyikan oleh Adrian, sofea, dan alesya.

“apa birthday- birthday to you. Kepala hotak korang”marah tengku kepada kawan-kawanya itu.

Tiba-tiba keadaan kembali terang seperti sediakala. Lilin dan lampu samprong telah dinyalakan semula. Namun semua orang yang ada disitu menjadi keget setelah melihat tengku yang sedang marah-marah sambil menangis.

“awak, i’m sorry. We all sebenarnya nak suprise kat awak. But tak tahu pulak boleh jadi begini”jelas Adrian yang cuba memujuk kawan karibnya itu sambil memeluk kawanya yang sedang menangis teresak-esak itu.

“i bukan apa, just saya tak suka kat tempat gelap-gelap. I’m phobia with it”balas tengku yang masih teresak-esak menangis dan masih dalam dakapan Adrian.

“don’t crying k..i’m so sorry about this”balas Adrian lembut memujuk kawannya itu. Ini bukan pertama kali Adrian memujuk tengku yang memang suka merajuk dengannya. Maka sudah kenal benar Adrian dan tahu bagaimana mahu memujuk kawan karibnya itu.

“it ok...i know you all nak buat suprise but the situation not going what ur all planning”kata tengku yang faham akan keadaan yang terjadi itu sambil cuba melepaskan pelukan Adrian daripada terus memeluknya itu.

Alesya memberikan sehelai sapu tangan kepada tengku untuk mengelap air mata yang berjujuran keluar.

“thanks, sofea”kata tengku

“it ok, i’m sorry jugak coz make ur crying”kata sofea yang masih rasa bersalah.

“ya la tengku, kitaorang mintak maaf atas kejadian tadi tau”sampuk Alesya yang rasa bersalah juga kerana telah bersetongkol dengan rancangan Adrian yang mahu memberikan kejutan kepada tengku.

“you guyz it’s ok. Saya tak marah awak semua pun, i just scare jew”kata tengku yang memaafkan kawan-kawannya itu.

Malam itu tercipta lagi satu kenangan yang terindah yang akan terpahat di minda setiap insan yang berada di situ siapa lagi kalau bukan Adrian, tengku, sofea dan alesya. Meriah sungguh sambutan hari lahir tengku yang ke – 17 itu. Tawa riang kedengaran daripada jauh, empat sekawan itu menghabiskan masa bersama-sama menyambut hari lahir Tengku dan hari kebangsaan dengan nyanyian “Tanggal 31 ogos” yang didendangkan oleh allahyarham sudirman.

Rehat jap.....

“ala mana dol nie, kata 5 minit lagi dah nak sampai, nie dah dekat 30 minit nie. memang nak kena s idol nie”getus penulis.

“siap kau dol ble ko sampai nanti, aku kol byk kali ko tak angkat-angkat. Memang nak kena budak nei”detik hati penulis yang mahu mengenakan hukuman kepada pekerjanya itu.

20 minit selepas tue si Dol tue sampai dengan muka yang kepenatan dan cuak....

“errrr..bos sorry la saya lambat jem tadi kat jalan”dol cuba member alas an
“besar kereta ko bawak ekkk sampai jem” balas penulis kepada pembantunya itu.

“ala bos jgn kata macam tue, saya tahu n sedar diri saya bawak moto kapcai jew, terluka hati nie ble bos cakap macam tue”dol mula nak merajuk la tue. Ada penulis kisah...statement “ada ku kesah” memang kelesss digunakan.

“dah tahu jem yg kau bangun lamabat tue sapa suruh, semalam kan aku dah kata kalau kau nak pegang kunci opis mesti datang awal kan. As denda potong ¾ gaji kau bulan nie”kata penulis. Kejam jugak penulis dengan pembantunya itu.

“ala bos jgn macam tue. Tak makan la saya macam tue kalau bos potong bgai nak rak macam teu”rayu si Dol.

“ada ku kesah”statement digunakan lagi oleh penulis.

“ala bos sorryyyyyy sesangat k, bos dah tak sayang kat saya kew”rayu lagi si dol nie sehabis-habisnya.

“sebab sayang la aku potong gaji kau, nasib baik aku tak buang ko keja tau”gurau yang tak bertempat oleh penulis. Bukan apa hanya mahu menduga andai si dol nie masih setia or tak.

“ala jgn la macam tue bos, sorry ekk. Tgah hari nie saya belanja bos makan k..eee tapi bos bayar la”

“eleh...tiap kali kau cakap macam tue..tak kira tgah hari nie ko kena belanja aku then ko kena bayar. Aku nak makan kat restoran ikan bakar yang sedap dan mahal kat setapak”arah penulis kepada pembantunya itu.

“mak aii jauh nya nak g makan, yew la saya belanja bos janji bos jangan marah saya lagi k. Tapi tak kan nak naik moto saya nie kot. Bos sudi kew naik moto kapcai saya nie. Helmat dah ada extra nie..hehehe”tergelak kecil si dol itu.

“apa plak nak naik moto kau, jatuh la standard aku wei. Naik keta aku la.. tapi kau drive”balas penulis

“ala bos saya mana ada lessen even saya tahu bawak keta”balas dol

“ada aku kesah, ko bawak jew klau ada polis ko bayar jew la saman”kata penulis lagi

“ala bos nie asyik nak kenakan saya jew. Jgn la buat saya macam nei, kesian kat saya tau”kata dol yang sedang menanam tebu kat sekeliling bibirnya itu.

“haha...apa2 jew la dol oiii.. weiii cepat la bukak opis tue, aku nak buat keja la”arah keras oleh penulis setelah tersedar yang dia banyak kerja nak settle kan..

So dua orang mamat tue masuk la opis diaorang yang tak berepa besar tue. Setakat sebesar restoran jejantas kat hentian sungai buloh tue jew kot. Kecik jew opis diaorang kan. Ish3....

Jom sambung citer.........................

***

Lamunan Tengku tiba-tiba terhenti tatkala pramugara kapal terbang itu menanyakan sesuatu kepada Tengku.

“excuse me sir, can i get you something?”tanya pramugara itu.

“can i have a glass of milk”balas tengku

“sure sir”balas pendek pramugara yang gantang itu. Tapi muka tak berapa hensem setakat macam aron aziz jew pun.

Lepas 10 minit pramugara itu datang dengan segelas susu dan diberikan kepada tengku. Tengku meminum susu tersebut dan sudah menjadi kebiasaan kepada tengku untuk meminum segelas susu sebelum melelapkan mata.

Kapal terbang itu terus terawang-awang di udara dan menuju ke arah destinasinya. Tiba-tiba lagu “destinasi cinta – by siti nurhaliza” bergema di telinga tengku yang sedang mendengar lagu daripada MP4 yang diberikan oleh kawan karibnya itu.

Kala itu juga fikiran tengku mula terbang lagi dan kala itu satu kenangan lagi bermain-main difikiran tengku sehinggakan anak remaja itu terlena diulit mimpi indah. Kala ini tengku sendirian melayan kenangan yang pernah tercipta sewaktu dahulu...........

Tamat episode 5..

“wei sdol kau nak kemana tue”kata penulis

“nak kuar kejap bos, ada emergency kat umah”kata dol sambil memakai helmat buruknya itu dan terus merempit sebelum sempat penulis berkata-kata lagi. Nak cabut daripada kena pau la tue.

“kurang asam si dol nie, time nak tgah hari nie la dia nak kuar ada emergency la. Nak lari dari kena belanja aku la tue”getus di hati penulis.

So, terpaksa la penulis makan kat kedai mamak jew sebab dia pun malas nak drive ke setapak untuk menikmati ikan bakar kerana kala ini mesti jem kat area sana. Mamak pun mamak la janji makan. Ngaapppp jew apa yang ada janji perut terisi..so selamat menjamu selera semua......

KATA-KATA HIKMAH DARIKU...

“Hargai apa yang ada di hadapan mata kita selagi ia ada, jangan harapkan bintang di langit kalau takut nak jadi angkasawan” renung2kan dan selamat membaca......

Thursday, November 4, 2010

BAB 4 : KALA INI KU SENDIRIAN (Bahagian 1)

BAB 4 : KALA INI KU SENDIRIAN (Bahagian 1)

[Prolog]

“Ku tahu kau masih setia menungguku...pernah terikat janji yang pernah kita semai dahulu. Kasih janji mu sentiasa ku pegang dan tersemat kemas di dalam hati ini, ku pegang janji ini biar apa pun yang berlaku.. ku harap kau juga begitu.. ku tahu walaupun kita berjauhan kerana cita-cita, namun ku tahu dan terasa yang engkau masih setia menanti untuk hati kita bersatu kembali....berikan ku sedikit masa lagi, kasih andai ada jodoh kita akan bersama seperti dulu-dulu......”



“Doushite??.....kelakuan manusia rakus menjamah sekalian alam, tidak dipeduli kesakitan yang ditanggung oleh sang bumi. Dirobek badannya, ditebas rambutnya dan dibinakan kilang-kilang yang bisa mencemarkan alam sekitar. Kering kontang kulit sang bumi yang dahulunya segar bugar dan sungguh nyaman sekali. Itu dahulu manusia tidak tahu akan kemajuan teknologi, bila manusia mula mencipta sesuatu hanya kepentingan diri yang diutamakan.

“Ahhh.. adakah mereka peduli akan kesakitan yang ditanggung oleh ku..tidakkkkk..hanya ingin memuaskan hawa nafsu serakah mereka sahaja. Sakit badan ku ini..pening kepala ku dibuatnya. Jangan ingin sesekali mencabar ku..akan ku kerjakan jika amarahku ini sudah sampai di puncaknya.....”(pesan sang bumi kepada sekalian makhluk terutamanya yang bergelar manusia).


KALA INI KU SENDIRIAN.......

Begitulah bagaimana tengku bertemu dan berkenalan dengan Adrian, Sofea dan Alesya. Mereka menjadi kawan yang amat baik mulai saat jari-jemari mereka bersalaman diantara satu sama lain. Sejak itu juga segala dilakukan bersama, tidak kiralah waktu belajar atau diluar sekolah. Cuma Sofea dan Alesya sahaja yang jarang bersama kerana rumah mereka jauh sekali dengan rumah Tengku dan Adrian. Maklumlah orang kampung duduk pun diceruk hutan sana. Tetapi itu tidak menghalang mereka berempat daripada bertemu diantara satu sama lain kerana kadang kala pemandu yang berkerja di rumah Tengku atau Adrian akan menghantar Sofea dan Alesya pulang dan ibu bapa mereka jugak tidak menghalang dan merestui persahabatan yang suci itu.

Pangkat dan darjat memang tidak difikirkan, mereka mahu anak-anak mereka bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Murni sungguh hati yang dimiliki oleh orang kaya itu, tidak seperti sesetengah orang kaya yang lain yang menghalang anak-anak mereka daripada berkawan dengan anak orang miskin. Tidak sama taraf katanya. Ish..ish.. memang dasar orang kaya yang tidak sedar diri. Rezeki itu diberi oleh tuhan kepada sekalian makhluknya cuma siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih tetapi ada juga yang cuba menipu dan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Setiap saat masa berjalan tanpa menoleh dan menunggu sesiapa. Siapa yang ketinggalan haruslah cepat tersedar dan mengejarnya kembali agar tidak tercicir kemudian hari.

Sejak hari pertama bersekolah sehingga darjah enam dan kini hampir tiba untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tengku, Adirian, Sofea dan Alesya masih berada di dalam kelas An-nur, banyak juga rakan-rakan yang lain telah bertukar kelas kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan dan tempat mereka digantikan dengan murid kelas lain yang mendapat keputusan yang baik.

(Suatu petang di taman permainan................)

“tengku, awak dah sedia kew nak hadapi peperiksaan UPSR yang dah nak dekat nie”tanya Adrian tatkala mereka berhenti seketika sewaktu bermain di padang permainan yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka.

“yup, dah sedia. Awak plak macam mana ad”balas tengku yang membahas Adrian sebagai Ad sahaja.

“tah la, aku rasa macam tak sedia jew lagi.tapi tuisyen, kelas tambahan semua aku dah pergi” keluh Adrian dengan hembusan nafas yang kecil.

“ermm kena awak fikir macam tue”tanya tengku

“aku pun tak tahu la tengku, dua tiga hari nie. Hati aku macam tak sedap jew, tak tahu kenapa”jawab Adria

“ermmm, ada yang tak kena la tue. Ko nie mabuk angau agaknya..hehehe” balas tengku sambil tergelak kecil

Hinggap satu cubitan dipipi tengku tatkala dia berkata-kata sebentar tadi.

“aduhhh...sakit la Ad oii” marah manja tengku.

“haha...padan muka ko” kata Adrian

Petang itu, penuh gurau senda dan ikatan persahabatan itu semakin akrab dan semakin mesra. Anak-anak kecil itu berkejar-kejaran dan bergusti lagaknya sambil senyum dan ketawa riang kedengaran menghiasi petang itu. Tercipta satu kenangan yang mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh dua hati tersebut.

Di sekolah.............. hari isnin tahun 1998

“murid-murid sekalian, khamis ini akan diadakan bacaan yassin sempena peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada minggu depan. Saya harap murid-murid sekalian dapat membawa ibu bapa sekali untuk majlis bacaan yassin yang akan diadakan di dewan peperiksaan”ujar Cikgu Roslan yang merupakan guru kelas kepada 6 An-Nur itu.

“baik cikgu” balas murid-murid.

“bagus, ingat jangan lupa bawa bekas untuk diisikan dengan air yassin nanti” tambah Cikgu Roslan.

“Baik cikgu”itu saja yang murid-murid itu tahu cakap, dari dulu sampai la sekarang. Tidak juga berubah-rubah...

Tiba waktu untuk peperiksaan UPSR............

“awak, saya harap awak jawab baik-baik ya soalan exam nanti” kata tengku kepada Adrian

“ok..awak pun sama k”balas Adrian yang kelihatan tenang.

“OK” balas tengku kepada Adrian.

Alesya dan Sofea awal-awal lagi sudah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Mungkin terlalu beria-ria mahu menjawab soalan peperiksaan yang bakal berlaku beberapa minit sahaja lagi.

Seminggu berlalu...............peperiksaan UPSR sudah berlalu dan kini hanya menunggu keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi. ( kalau tak salah dalam 2-3 bulan la kena tunggu gak kan).

Jom merentasi masa lagi..........

Tahun 2003......

Seminggu lagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan bakal menjelma, setiap insane yang bergelar pelajar yang sedang belajar di tingkatan 5 semuanya kian menyibukkan diri dengan mentelaah pelajaran. Entah apa yang dibaca dan dihafal oleh mereka. Buku dibawa kesana kesini, ada yang menjinjingnya, ada yang mengepitkan buku di ketiak dan ada yang melambung-lambungkan buku teks yang diberi pinjam secara percuma itu.

Pelbagai ragam karenah anak muda yang bakal menempuh peperiksaan SPM yang bakal tiba tidak lama lagi.... di satu sudut ruang membaca di dalam perpustakaan terlihat satu kelibat seorang kumbang yang sungguh baik rupanya, dan telah menjadi gilaan bunga-bunga di taman yang menanti-nanti bila kumbang tersebut akan hinggap di atas mereka. Siapa lagi kalau bukan si Adrian, seorang ketua pengawas di sekolah tersebut. Adrian memang popular semenjak memasuki alam persekolahan yang lebih dewasa itu dan merupakan seorang pelajar harapan sekolah. Mana tidaknya ketika dahulu sewaktu UPSR, Adrian telah mendapat 4 A dan 1 B.. (kira budak pandai la tue).

Ada satu kelibat lagi yang berada di sebelah Adrian dan siapa lagi kalau bukan Tengku seorang budak harapan sekolah juga yang dijangkakan akan mendapat 10 A berdasarkan pencapaian Tengku sewaktu percubaan SPM ( dapat 9 A1 dan 1 A2 tue). Pandai sungguh Tengku, mana tidaknya balik sekolah saja ada cikgu tuisyen sudah menanti beliau di rumah. tidak sempat rehat sudah kena belajar lagi (keluh kesah budak-budak...padahal cikgu tuisyen datang selepas Tengku berehat selama 2 jam).....setelah menjadi pelajar terbaik sewaktu UPSR dahulu dan juga telah muncul sebagai pelajar terbaik di negeri dimana Tengku diami tetapi telah tewas pada peringkat kebangsaan kerana seorang anak penoreh getah telah mengambil gelaran pelajar terbaik UPSR seluruh Malaysia.

Kala itu, Sofea dan Alesya sibuk berborak kerana ketika itu waktu rehat. Walaubagaimanapun di hujung minggu, empat sahabat baik tersebut akan menghabiskan masa bersama-sama dengan belajar di rumah Sofea atau Alesya. Syukur kepada tuhan kerana telah memanjangkan persahabatan empat insan ini sehingga ke hari ini (amin...). walaupun ada suka duka dan ribut yang melanda tetapi ukhwan dan ikatan persahatan yang pernah ditemeterai sewaktu pertemuan pertama mereka tetap kukuh di setiap hati mereka berempat dan pada waktu yang sama mereka berempat telah tergolong di dalam pelajar harapan sekolah untuk mendapat keputusan yang baik di dalam SPM yang bakal ditempuhi seminggu lagi.

Selepas SPM........ suatu petang di pantai yang begitu indah sekali pemandangannya, dua sahabat karib duduk memandang pantai yang sungguh indah sambil memerhatikan sang suria yang mula mahu beradu dan bakal digantikan dengan sang bulan.....

“Ad, awak mahu buat apa selepas nie. SPM pun dah habis, so what ur future planning” tanya Tengku kepada Adrian.

“tah la awak, aku pun tak tahu nak buat apa. Tapi.......my fathers asking me if i wanna...” jawab Adrian yang tidak habis bercakap.

“your father ask about what Ad”tanya Tenku lagi.

“dad i tanya i kalau Ad dapat keputusan baik dalam SPM nanti, ayah Ad nak hantar Ad belajar ke oversea” jawab Adrian dengan hati yang berat (tidak diketahui kenapa beliau rasa sedemikian)

“ermm, bagus la tue. My mom also asking me the same question and kalau boleh dia nak Tengku sambung belajar dalam Businnes Managment”balas Tengku

“that great”pendek ucap Adrian

“yeah, sejak papa dah tak da, mama yang take over company. Lagi pun mama Tengku tue bukan muda lagi. That why mama nak tengku belajar dalam perniagaan and take over our company business in the future” balas panjang Tengku yang sudah ada jalan untuknya pada masa hadapan.

‘waa..that owesome...nanti kalau Tengku dah take over the business bleh la Adrian kerja dengan Tengku ya” kata Adrian

“elehhh. Nak ke kerja dengan saya. Ayah awak pun ada business sendiri kan. Take over la perniagaan ayah awak, yang nak sibuk-sibuk kerja dengan saya buat apa” jawab Tengku.

“saya tak minat la nak berniaga nie..that not my taste. Saya suka kalau awak jadi bos saya..hehehe... awak amik saya jadi setiausah sulit awak k. Bleh la kita skandal-skandal nanti..hahahaha”gelak besar Adrian yang cuba memecahkan kesunyian waktu senja di situ.

Tengku pun turut ketawa kecil sambil menumbuk manja bahu Adrian.

Perbualan petang itu terhenti disitu apabila satu suara mula memanggil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing bagi menunaikan kewajipan yang dituntut ke atas setiap insan yang beragama islam (solat maghrib la....)

Hari keputusan SPM keluar.......

“TAHNIAH.....”

“TAHNIAH Tengku”

“TAHNIAH KEPADA AWAK BEREMPAT”

“TAHNIAH...........TAHNIAH....TAHNIAH........”

“tahniah sayang....”

“tahniah, mama sayang Tengku”

Orang ramai mula berkerumun di papan kenyataan untuk melihat keputusan SPM yang telah diumumkan pada hari ini dan seperti yang dijangkakan, Tengku muncul sekali lagi sebagai pelajar terbaik di sekolah itu dan mungkin dalam daerah dan negeri dan juga mungkin akan muncul sebagai pelajar terbaik di Malaysia.

3 bulan kemudian...............

“awak, saya harap awak tak akan lupakan saya k..”ucap Adrian kepada Tengku yang akan berangkat ke London bagi melanjutkan pelajarannya di sana dalam bidang perniagaan seperti yang telah dirancang awal-awal lagi.

“saya pun harap awak tak kan lupakan saya. By the way awak pun akan pergi ke Ducthland kan? “ balas Tengku.

“yup babey, next month saya akan bertolak”ujar Adrian

“ok..Belanda dengan Londan tak jauh sangat pun, just one flight straight away jew”balas Tengku.

“tengku awak jangan lupakan saya dan Alesya ya, kami dekat sini sentiasa mendoakan Tengku” kata suara halus yang dimiliki oleh Puteri Sofea sambil mutiara suci mula berbaris keluar menjadi aliran air yang membasahi pipi Sofea.

“Puteri, saya sayang awak dan Alesya dan awak semua. Saya akan sentiasa merindui saat-saat kita bersama-sama dahulu. Saya tidak akan lupakan semua itu”balas Tengku.

“sayang it time to depart”kata Dato’Seri Liza. ( waa dah dapat pangkat dato’Seri dah datin Liza sekarang).

“you guy i love you always”kata tengku sambil melambai-lambai tanda perpisahan mereka demi mengejar cita-cita.

Tanpa disedari sebutir demi sebutir permata bercahaya telah menitis membasahi pipi tengku. Tiada siapa yang tahu sebabnya, mungkin sekali kerana berpisah dengan kawan-kawan karibnya. Tetapi sebelum Tengku berlepas, Adrian sempat memberikan satu bungkusan untuk tengku. Entah la apakah isi kandungannya. Kita tunggu sehingga Tengku bukak bungkusan itu.

Foward sikit citer nie....in the flight

Mama Tengku telah lena tertidur disebelah kerusi Tengku, mungkin penat benar dan masa perjalanan untuk sampai ke London mengambil masa yang agak panjang (may be dalam 9 – 10 jam). Tatkala itu Tengku teringat akan bungkusan kecil yang diberikan oleh Adrian sewaktu di KLIA tadi.

Dengan cermat Tengku membuka bungkusan kecil itu, baginya tidak perlu untuk tergesa-gesa kerana dia sangat sayangkan bungkusan itu (ermm sayangkan sapa la tue kan). Sikit demi sedikit balutan bungkusan itu dibuka, sungguh cermat Tengku membukanya sehinggakan tiada bahagian kertas yagn terkoyak.

“ishh Adrian nie, kalau balut hadiah mesti banyak guna solatapes”gerutu hati Tengku namun masih tenang dan sabar membuka bungkusan itu. (sambil ketawa kecil)

“apa la yang ad tgah buat sekarang ini ya”fikiran Tengku tetiba melayang memikirkan Adrian.

“macam mana la pulak Sofea dan Alesya”fikiran Tengku merewang teringatkan kawan-kawan karibnya itu. Mungkin dia sudah merinduinya walaupun baru 4 jam berpisah.

Sambil fikiran Tengku melayang entah kemana, mungkin sekali teringatkan saat-saat indah bersama kawan-kawannya.

Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak fikiran Tengku......

“Panggil doremon kejap”...arah penulis kepada pembantunya yang sibuk membaca komik doremon.

“nak buat apa bos”balas pembantunya

“aku nak pinjam alat doremon kejap”kata penulis lagi

“doremon tengah sibuk la bos, dia tgah dok makan kuih dorayaki”balas pembantu penulis

“ala, kenapa time nie dia nak makan pulak..ishhhh tak pa la aku pinjam kat kirosuke jew la”balas penulis yang sikit marah kepada doremon sebab saat-saat nak mintak bantuan time tue la doremon tue g makan. Ish3...

Sambung cerita setelah alat dari kirosuke dipinjam..(alat melihat fikiran...)..dah ada alat nie senang sikit nak tengok apa yang bermain dalam kotak fikiran Tengku tue kan.

Dalam kotak fikiran Tengku..................

Hari sabtu, jam 8.00 malam di rumah Tengku....31 Ogos 2003

Meriah sungguh sambutan harijadi tengku yang ke – 17 . Ramai yang mengucapkan ucapan selamat hari jadi kepada tengku kecuali seorang lagi yang tidak sampai-sampai untuk mengucapkan kata-kata itu kepada Tengku.

Foward sampai jam 10 malam...

“mana ad nie, kata nak datang awal. Sekarang dah jam 10 malam”gerutu hati tengku dan mulutnya mula muncung 12 inci. Merajuk remaja itu dengan kawannya itu. Siapa lagi kalau bukan si Adrian.

Kala itu, seorang demi seorang kawan-kawan sekolahnya telah pulang ke rumah. hanya tinggal Sofea dan Alesya sahaja yang membantu mama tengku berkemas. Mak Jah dah berenti dari kerja di rumah itu kerana terlalu tua dan telah tinggal bersama-sama anak-anaknya. Namun hubungan mereka tetap akrab kerana tengku dan mamanya akan melawat Mak Jah sekali sekala atau sewaktu Tengku rindukan belaian orang tua itu. Setelah abis mengemas Sofea dan Alesya telah pulang ke rumah masing-masing dengan kereta yang telah disediakan oleh mama Tengku yang mengarahkan pemandunya supaya menghantar mereka berdua pulang ke rumah.

Sekarang pembantu rumahnya telah digantikan dengan tuti iaitu seorang pembantu rumah yang datang dari Indonesia. Urusan rumah sekarang telah diserahkan kepada Tuti dari mengemas hinggakan memasak.

Jam 11.oo malam.................

Tiba-tiba telefon bimbit Tengku berbunyi dan nama dan gambar Adrian terpampang di skrin telefon bimbitnya.

......ring..ring.....lagu dialova berbunyi.......baru separuh suara penyanyi itu mahu menyanyi sudah ditekan butang accept calling oleh tengku.

Perbualan telefon........

“hello...awak kat mana sekarang nie. Kata nak datang awal.dari tadi saya tunggu awak tau. Sekarang semua orang dah balik. Sofea dan Alesya pun dah balik awak tahu tak”bebel panjang Tengku kepada Adrian.

“awak saya mintak maaf, saya tak dapat datang awal... sekarang saya otw datang rumah awak, tapi boleh awak tunggu saya depan rumah awak? Balas Adrian yang sedang memandu kereta.

“nak tunggu apa nya kat depan rumah, awak parking jew la then masuk ke dalam. Saya tak nak tunggu kat luar. Banyak nyamuk. Lagi pun dah lewat sangat”balas tengku yang sedikit garang

“ala awak nie banyak membebel la. Tunggu jew kat depan rumah awak tue. Saya amik awak depan rumah awak”jawab Adrian.

“nak amik saya pergi mana. Ala lagipun rumah awak dengan rumah saya bukannya jauh pun, 2 kilometer jew kot”sindir tengku kepada Adrian.

“saya bukan dari rumah saya, i’m at somewhere but near at ur house. Wait me at ur infront house k bebey”balas Adrian dan talian dimatikan.

“mangkuk ayun betul Adrian nie, tetiba jew dia matikan talian. Siap kau”gerutu hati tengku yang akur juga dengan permintaan Adrian itu yang menyuruhnya menunggu di hadapan rumahnya.

Usai itu, tengku melangkah keluar dari rumahnya dan menuju ke pintu hadapan rumahnya dan menunggu Adrian dihadapan rumahnya itu.

5 minute later..........adrian pun sampai..

“tengku, inside in the car. I wanna take ur someplace”arah Adrian

Tanpa berkata sepatah pun Tengku masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Adrian.

“where ur wanna take me”tanya tengku kepada Adrian

“someplace that special”jawab pendek oleh Adrian

“special?” getus dalam hati tengku

30 minit kemudian........diaorang pun sampai di tempat yang ditujui....terlena seketika tengku dibahu Adrian. Sukar juga untuk Adrian memandu dalam keadaan begitu, namun Adrian hanya membiarkan sahaja, mungkin kesian agaknya melihat kawannya itu kepenatan. Setelah sampai Adrian mengejutkan tengku.

Di atas bukit, yang sunyi sepi tetapi pemandangan sungguh indah kerana mereka dapat lihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Ada sebuah kedai kecil yang tidak jauh dari tempat hentian mereka. Adrian menarik tangan Tengku dan mereka menuju ke gerai kecil yang tiada pelanggan itu, yang ada cuma mak cik dan pak cik tua. Mungkin mereka itu empunya kedai dan memang sah mereka tue tuan punya kedai kerana mereka sedang menyediakan “something”.

Cantik sungguh pemandangan malam itu, langit cerah dan bintang menyinar berkelip-kelipan di angkasa raya. Hanya bercahayakan lilin dan lampu samprong, sudah terhias satu meja yang sungguh cantik hiasanya.

Tiba-tiba....................................

“alamak, elektrik terputus plak”jerit penulis

“dol, ko pergi tgk suis elektrik apa problem dia”penulis memberi arahan kepada pembantunya itu.

“baik bos”jawab dol

“bos..suis ok..may be tak da elektrik la”kata dol setelah memeriksa kotak suis.

“ala..kenape bleh jadi macam nie, time tgah ada idea nie la hal2 alah nie nak terjadi”gumam penulis.

“kepada pembaca sekalian maafkan saya ya. Oleh kerana elektrik tidak ada maka dengan ini saya mengistiharkan cerita ini akan bersambung pada next episode”kata penulis buat pembaca.

Penulis dengan berianya mengemas barang-barang dan pulang ke rumah.

“dol, saya balik dulu ya. Nanti awak tutup opis nie k”penulis member arahan kepada pembantunya itu.

“baik bos”balas dol pendek. Itu jew la yang selalu dikatakan oleh dol kepada bosnya itu.


KATA-KATA HIKMAH DARI KU
“Cinta dan mencintai adalah lumrah manusia. Kasih dan mengasihani memang sebati dalam hati manusia. Namun kita ini jenis manusia yang bagaimana?”

fikir-fikirkan dan selamat membaca................

Wednesday, October 20, 2010

BAB 3 E-NOVELLA TATKALA KU PEJAMKAN MATA

BAB 3 : DUNIA BARU KU...

[Prolog]

“Kasih ku sanggup renangi lautan luas demi mencari mu, di dalam hati ini telah terikat kemas janji kasih yang kita temeterai dulu. Janji yang sukar untuk ku pedulikan, bagai telah disumpah ikatan kasih ini. Di mana engkau kasih, fahamilah hati ini yang ingin sentiasa bersama diri mu........

Ku tunggu kepulangan mu kasih...........................”

Cinta abadi sentiasa di dambakan setiap insan di dunia ini, cinta yang suci dan tiada berbelah bahagi. Namun begitu, masih adakah keadilan cinta seperti itu pada zaman sekarang ini. Cinta yang dilambakkan dan dicurahkan kadang-kala hanyalah kata-kata yang ingin menagih sesuatu, harta benda....hawa nafsu.....apa yang di dambakan oleh manusia sekarang ini. Tidak rela hati untuk berkongsi kasih namun begitu itulah hakikat sebenar dunia sekarang. Kita terpaksa berkongsi kasih, adakah keji kepada yang merebutnya yang hanya ingin merasa seculit kasih yang ada. Pedulikan itu semua, setiap manusia berhak untuk dikasih dan mengasihi, tidak kiralah ianya terpaksa dikongsi asalkan sama merasai kasih sayang yang kian dicemari oleh pembohongan demi menutup lubang-lubang penipuan..................

Bab 3 : dunia baru ku........

Setelah terjalinnya satu ikatan janji yang akan membawa mereka ke satu tahap dan alam yang lain iaitu alam persahabatan.

“sofea, kamu boleh duduk dibelakang tengku dan Adrian awak duduk disebelah tengku ya”arah cikgu Salmah kepada sofea dan Adrian.

Tanpa membantah anak-anak kecil itu hanya mematuhi arahan yang diberikan oleh cikgu mereka itu. Lagipun tidak manislah seorang budak lelaki duduk dengan budak perempuankan. Maka, mungkin sebab itu cikgu salmah bertindak sedemikian. Lagipun tempat duduk asal sofea yang mula-mula masih kosong dan disebelahnya telah diduduki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang agak montel badannya. Sungguh comel sekali, bertocang dua dan agak gebu pipinya. Sofea berkenalan dengan jiran sebelahnya yang juga merangkap bakal teman baiknya juga. Satu lagi perjanjian telah terjalin setelah nama dan jari-jemari comel itu bersilangan diantara satu sama lain. Alesya namanya, sedap sungguh nama.

Setelah semuanya duduk ditempat masing-masing, maka kelas pada hari pertama itu telah bermula apabila cikgu salmah memperkenalkan dirinya selaku guru kelas tersebut. Para ibu bapa hanya memerhatikan daripada luar. Sesekali tengku akan melihat diluar untuk memastikan ibunya masih berada disana. Memang setia seorang ibu menanti anaknya. Jangan sesekali untuk memeungkiri janji yang telah dibuat dengan anak kecil kerana hati kecil itu mudah tersentuh dan terganggu. Merajuk la jawapannya dan sungguh sukar untuk dipujuk tetapi rahsia untuk memujuk tersemat di dalam hati seseorang yang bergelar ibu itu.

“baiklah setakat ini sahaja untuk hari ini, kamu semua boleh rehat di kantin sekolah dan jangan ada yang cuba untuk ikut ibu atau bapa pulang kerumah ya”arahan yang diberikan oleh cikgu salmah kepada anak-anak muridnya itu.

“baik cikgu”sekalian makhluk di dalam kelas itu serentak menjawab.

“bagus, tapi ingat jangan balik rumah kerana selepas rehat masih ada aktiviti yang akan kita lakukan”jelas sekali lagi cikgu salmah melarang semua anak muridnya itu daripada pulang ke rumah.

“baik cikgu”sekali lagi sekalian makhluk di dalam kelas itu menjawab dengan serentak.

“baik lah kamu semua boleh pergi rehat”balas cikgunya itu

Seraya itu, loceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Ramai sungguh ibu bapa dan murid-murid pergi menyerbu ke kantin sekolah. Mungkin mahu mencari tempat untuk berehat.

Satu kelibat kecil melangkah keluar daripada kelas itu sambil mencari ibunya. Tengku mencari-cari ibunya itu, yang hilang secara tiba-tiba. Hampir terjatuh air mata anak kecil itu. Tetapi tidak sempat bercucuran, bahu tengku di sapa oleh Adrian yang datang dari belakang.

“awak, apa nama awak tadi”tanya Adrian kepada tengku.

“saya Tengku Nur Aliff B. Azman”balas tengku dengan keadaan kaku.

“nak panggil awak nie apa”tanya Adrian lagi

“panggil saya tengku jew”balas tengku

“ada kew nama orang tengku jew”gurau Adrian

“tengku la... nama saya bukan tengku jew”balas tengku dalam nada yang sedikit marah

“tengku la pulak..apa nama betul awak nie” tanya Adrian lagi, makin menjadi-jadi gurauannya itu.

“my name T.E.N.G.K.U” balas tengku dalam nada yang lantang sedikit kuat.

“wa.. jangan la speaking dengan saya, saya tak pandai la”ujar Adrian sambil ketawa kecil

“so.....”balas Tengku

“tengku jom kita g rehat nak”ajak Adrian

“saya tunggu ibu saya, mana dia pergi nie...kata nak tunggu sampai tengku rehat”berubah muka anak kecil itu kembali dengan mulutnya yang kian memuncung panjang itu.

Tidak jauh dari situ, satu kelibat wanita yang hampir berusia 30-an melangkah gagah menuju kea rah tengku dan Adrian. Siapa lagi kalau bukan ibu kepada tengku.

“sorry dear, mama pergi toilet kejap, tak tahan” sambil tersenyum cuba memujuk anak kecilnya itu.

“anak mama nie marahkan mama kew”duga ibu tengku kepada tengku.

“tak la, tengku ingat mama dah balik rumah dah”menitis sebutir permata yang begitu berharga.

“ala, jangan menangis ya sayang. Kan ibu dah janji dengan tengku nak temankan tengku sampai rehat. Tak kan mama nak mungkir janji kot. Mama takut masuk neraka tahu”balas ibunya sambil memujuk.

Adrian yang terpacak sebelah mereka kelihatan seperti tidak dihiraukan. Mungkin Datin Liza sibuk untuk memujuk anak manjanya itu.

“oh ya, nie sapa tengku”tiba-tiba datin Liza perasan ada seorang kanak-kanak yang baik rupa parasnya. Tekanya mungkin darah campuran agaknya.
“tah, tengku tak ingat nama dia la mama”balas tengku yang masih merajuk.

“ala tengku nie. Kan tengku dah kenal dia dia dalam kelas tadi kan. Mama tengok dari luar”balas mamanya sambil memujuk anaknya itu lagi sambil mengusap-usap rambut halus anaknya itu.

“tak ingat la mama, susah nak sebut nama dia”balas tengku lagi, mungkin mahu membalas dendam kepada Adrian yang mempermainkan dia sebentar tadi.

“hehe..iya kew susah nak ingat nie”balas ibunya yang tahu anaknya itu sememangnya seorang kanak-kanak yang pandai dan cepat menghafal.

“betul mama, kalau mama nak tahu mama tanya la dia sapa nama dia”ujar tengku, sambil melihat Adrian yang masih terdiam kaku melihat adengan ibu dan anak yang terpisah dan bertemu kembali . (hehehe tergelak kecil penulis)

“iya, mama tanya sediri la yea”ujar datin Liza

“siapa nama anak nie, comel sungguh” tanya datin Liza kepada Adrian.

“Putera Adrian Hakimi Bin Mansor”jawab Adrian.

“mansor?”tersentap seketika sambil berfikir dan sambungnya “dato’mansor yang tinggal dekat Taman Mewah bukit Antarabangsa tue ke?

“ya aunty, aunty kenal ayah saya kew? Tanya Adrian kepada datin.

“kenal la, anak dato mansor rupanya, kawan kepada ayah tengku”balas datin Liza kepada Adrian.

“owhh”seakan-akan faham bicara orang dewasa itu.

“tapi, Adrian nampak lain. Mungkin kerana rambut Adrian kot”ketawa kecil datin kerana selama ini dia hanya melihat Adrian dengan rambutnya yang terpacak-pacak. Itu pun tidak selalu kelihatan. Biasa la kawasan rumah orang kaya, mana reti nak jaga hal orang. Entah-entah jiran pun tidak kenal.

Datin hanya pernah melihat Adrian sekali sahaja, itu pun sewaktu ayah Adrian menjemput dato’dan datin ke parti di rumahnya. Patut la seakan-akan kenal tetapi tidak pasti kerana hanya pernah melihat Adrian pada party itu sahaja. Waktu lain banyak dihabiskan dirumah dan perhatian banyak diberikan kepada Tengku sahaja.

“mama kenal kew budak nie mama? Tanya tengku kepada ibunya.

“ya, mama kenal. Dia nie anak kawan papa tengku.” Balas ibunya

“owhhh” Tengku seakan-akan mengerti apa yang diperkatakan oleh ibunya itu.

“jom la kita pergi makan. Mama ada bawak bekal. Ajak Adrian sekali ya” arah ibunya itu supaya tengku mengajak Adrian sekali untuk makan.

“kau budak, sapa nama awak tadi”tanya tengku bagai masih tidak berpuas hati kepada Adrian.

“Adrian” balasnya yang sedikit mencuka kerana tidak suka ditegur begitu tapi masih menjawap pertanyaan tengku itu.

“jom g makan, mama saya ajak awak sekali”ajak tengku bagai ajak-ajak ayam.

“terima kasih”ucap Adrian.

Sungguh beradap anak kecil itu, mungkin telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya beradap sopan dan memnghormati orang yang lebih tua. Setelah di ajak sekali untuk menikmati makanan yang dimasak khas untuk tengku itu, Adrian hanya membuntuti tengku yang berjalan ke arah mamanya yang telah memilih satu tempat rehat yang berbumbung bulat dan mejanya juga bulat. Mereka bertiga menikmati makanan yang telah dibawa oleh ibu tengku. Rakus juga tengku dan Adrian menikmati makanan tersebut, mungkin sedap atau mungkin juga kerana perut mereka sudah memberontak mahukan makanan.

20 minit kemudian................

Ringggggggggggggggggggggggg.....ringggggggggggggggggggggggggggggggggggg....ringggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg...ringg

Loceng berbunyi yang menandakan waktu rehat telah tamat. Ibu tengku mengemas bekas makanan yang licin dimakan oleh dua orang raksasa kecil yang kelaparan. Syukur kerana makanan yang dibawa habis kerana membazir itu sahabat syaitan...

Tengku dan Adrian berjalan seiringan memasuki ke dalam kelas mereka yang tidak jauh dari tempat mereka rehat. Sofea dan alesya juga mengekori mereka dari belakang dan masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing. Mungkin tiada apa yang ingin dibualkan, maklumla hari pertama sekolah dan hari pertama baru berkenalan, semuanya bagai malu-malu kucing, tambahan pula masing-masing sedang kenyang.

Tunggu sahaja bila sudah seminggu dua, pasti riuh rendah kelas tersebut. Namun begitu, murid-murid di dalam kelas tersebut bukan calang-calang orangnya. Semua memiliki kelebihan sendiri, mungkin juga bila besar nanti menjadi orang yang berpengaruh dan berjaya. Namun masa kini mereka hanyalah anak-anak kecil yang tidak dapat berfikir dengan jauh lagi apa yang mungkin mereka lakukan pada masa hadapan, yang mereka tahu pergi ke sekolah untuk belajar atau disuruh oleh ibu bapa mereka.

Sesi seterusnya dimulankan oleh guru kelas tersebut oleh cikgu salmah......

“baiklah murid-murid, pagi tadi kita semua sudah berkenalan diantara satu sama lain. Jadi sekarang kita memerlukan seorang ketua darjah beserta pembantunya”jelas cikgu salmah kepada murid-muridnya.

Adakah bicara orang dewasa bergelar cikgu itu difahami oleh anak-anak kecil itu. Anak-anak itu semuanya hanya menganggukkan kepala dan berkata “baik cikgu”.

“baiklah kalau semua kamu faham. Jadi ada sebarang cadangan siapa yang layak untuk dijadikan ketua kelas dan pembantu ketua kelas”soal cikgu salmah kepada semua anak muridnya.

Satu kelibat bangun dan menganggkat tangan dan bertanya...

“cikgu ketua kelas tue nanti kena buat apa cikgu” tanya anak kecil yang bernama haziq yang duduk diceruk kelas itu.

“ketua kelas dan pembantu ketua kelas akan membantu cikgu nanti”jelas pendek oleh cikgu salmah.

“owhh, begitu ya. Kalau begitu saya cadangkan diri saya la kalau macam tue, sebab saya suka tolong orang”jelas haziq yang mencalonkan dirinya sebagai ketua kelas.

“bagus haziq, kamu seorang yang berani”puji cikgu salmah kepada haziq

Senyum bangga haziq sambil kembali dalam keadaan duduk. Ali yang berada di sebelah haziq menguis2 sikunya kepada haziq sambil tersengeh. Mungkin sekali bangga dengan haziq kerana kawan sebelahnya bakal menjadi ketua kelas. Anak-anak kecil bisakah mereka mengerti tugas seorang ketua kelas sungguh berat.

(penulis ; kalau saya tak nak jadi ketua kelas..hehehe penat kesana kesini).

Tanpa ada bantahan daripada sekalian rakyat yang hanya menurut sahaja itu, dengan rasminya Haziq budak yang gempal itu menjadi raja kepada kelas tersebut @ ketua kelas dan masih ada satu jawatan lagi yang akan di isi iaitu penolong ketua kelas merangkap pemaisuri kepada raja kelas itu.

“baiklah murid-murid, sekarang kita sudah ada ketua kelas dan sekarang kita cari penolong ketua kelas pula ya”kata cikgu salmah yang ingin pencarian raja dan pemaisuri itu cepat selesai.

Sofea bangun dan mencadangkan alesya sebagai calon dan manakala alesya pula bangun setelah sofea duduk dan mencadangkan nama sofea sebagai calon juga. Wah.. ada dua calon pula kali ini. Manakala murid-murid lain hanya mendiamkan diri, mungkin takut atau tidak berminat untuk bertanding menjadi wakil rakyat agaknya.

Sofea dan Alesya dipanggil kehadapan untuk memperkenalkan diri mereka setelah diarah oleh cikgu salmah untuk berbuat demikian dan seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada kelas tersebut.

“baiklah murid-murid sekalian, siapa yang sokong Alesya sila angkat tangan”arah cikgu salmah kepada anak-anak muridnya itu.

Maka rakyat jelata kali ini terpaksa mengundi untuk memilih bakal pemaisuri kelas tersebut. Ramai juga yang menyokong Alesya, mungkin sepadan dengan Haziq barangkali. Bentuk badannya sudah lebih kurang sama. Manakala ketika giliran sofea pula untuk diundi, ramai juga yang mengangkat tangan. Setalah di hitung oleh cikgu salmah, keputusan pun diumumkan.

Sofea telah kalah tipis dan Alesya telah menang dengan majoriti mudah. Sofea hanya kekurangan dua undi sahaja untuk mengalahkan Alesya, tetapi anak kecil itu tidak kecewa atau menangis kerana barangkali tidak tahu lagi akan perasaan dikalahkan.

Ibu tengku telah lama pulang setelah habis waktu rehat tadi lagi. Kini tengku meneruskan hari persekolahan pertamanya dengan gembira sekali. Senyum lebar tengku kerana dia sudah ada kawan dan mempunyai guru kelas yang baik.

Hari pertama persekolahan tengku berlalu sudah. Pak Mail dan datin datang menjemput Tengku pulang dari sekolah pada jam 1.30 petang. Segala yang berlaku pada hari itu telah diceritakan dengan penuh ghairah sekali oleh tengku kepada ibunya dan Tok nya itu. Hanya ketawa kecil yang kedengaran di dalam kereta BMW 553i yang berwarna putih itu yang memecahkan kesunyian jalan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun begitu, ada sekeping hati yang risau akan hari esok apa yang bakal berlaku nanti.

Siapakah dia, hanya tuhan yang tahu segalannya....................................Allah Maha Besar....

Bersambung..................................

Nantikan bab 4 yang bertajuk “ada ku kisahhhhhhhh”hehehehe...tak da la..penulis tak tahu lagi tajuk apa nak letak but jalan citer dah ada dah...so tunggu episode 4 k......

Kata-kata hikmah dariku

“lambaian seseorang tidak mungkin akan tersambut sekiranya dia keseorangan, namun begitu adakah kita di muka bumi ini keseorangan”

renung-renungkan..dan selamat membaca...

Monday, October 18, 2010

BAB 2 : PERJALANAN KU BERMULA

BAB 2 : PERJALAN KU BERMULA......

[Prolog]

“ “cuba engkau mengerti”
“Apa yang tersirat dihati”
“Apa lagi yang kau mahu”
“ku milik mu.......”.....

Lagu yang didengari oleh Tengku daripada mp4 yang Tengku milikki. Mp4 tersebut dihadiahkan oleh Adrian, kawan dan merangkap sahabat baik Tengku sejak zaman sekolah lagi. Mereka berdua memang sahabat yang rapat dan tiada rahsia yang tersimpan kecuali soal perasaan sahaja.....”

Cinta dan perasaan sayang tidak mudah untuk dijual dan dibeli. Ia tersemai dengan sendirinya di antara dua hati yang telah lama mengenali. Andai badai menghempas pantai, tidak akan goyah perasaan kasih itu. Tak semua manusia mengerti akan kasih sayang yang wujud di setia hati manusia. Ada yang ketagihkannya, ada yang ingin lari daripanya dan ada yang menciptanya untuk kebahagiaan sendiri. Nah kasih sayang memang diperlukan oleh setiap insan di muka bumi ini, cuma manusia yang suka untuk menafikannya...............

kasih fahamilah sekeping hati ini yang hanya ingin bersama mu..................





(jom kita citer pasal pak mail si pemandu kepada dato’dan datin)

Setelah datin dan tengku memasuki kereta dan ditutup pintunya, pak mail memandu kereta BMW itu dengan kelajuan yang sederhana, meluncur lancar kereta itu meninggalkan halaman rumah setelah pintu pagar itu terbuka luas untuk memastikan isi rumah itu keluar untuk mencari rezeki. Tenang sungguh pagi itu, namun ada sekeping hati yang agak resah dan gelisah. Mungkin risau agaknya.

“kenapa anak mama nie nampak risau jew”Tanya Datin Liza kepada anak manjanya itu.

“nothing mummy,”balas tengku yang mula berkeringat di dahinya itu meski pun aircond terpasang sejuk.

Apa sajalah yang difikirkan tengku itu sehinggakan berkeringat didahinya. Mungkin ada perkara yang dirisaukannya.

“habis tue..kenapa anak mama nie berpeluh” Tanya ibunya lagi.

“Tengku takut la mama” jawab anak kecil yang berasa takut itu.

“la...anak mama nie takut?..kenapa? ibunya menyoal lagi.

“tak tahu la..mama. tengku rasa tak sedap hati jew...”jawab Tengku.

“sudah-sudah la tue..perasaan tengku tue jew..mama tahu hari nie kan hari pertama Tengku sekolah rendah kan..mama dulu pun macam tengku jugak, takut nak ke sekolah pada hari pertama, sampai mama suruh arwah ibu mama dulu temankan mama sampai waktu sekolah habis “cerita ibunya kepada anaknya itu supaya tenang hati Tengku untuk seketika.

“yew ke mama, kalau macam tue mama kena temankan Tengku la hari nie kan” seloroh anak manja itu setelah mendengar cerita ibunya itu.

“ish..ish..ish... mana boleh mama temankan Tengku. Tengku kan dah besar tak kan nak mama temankan Tengku sampai habis waktu sekolah kot”balas ibunya hanya untuk menduga anaknya itu.

“ala mama nie..dulu mama kata ibu mama temankan mama time waktu mama first g sekolah..kenapa sekarang mama tak nak temankan Tengku pulak”balas Tengku dengan mulut muncungnya itu, merajuk manja anak itu dengan ibunya....

“ala..ala.. anak manja ibu nie....dah..dah..jangan merajuk, huduh buat muka macam tue tau. Yea la mama temankan Tengku, tapi sampai separuh hari jew tahu. Lepas tengku rehat mama nak balik kejap “balas ibunya cuba memujuk anak kecilnya itu.

‘okep...mama janji temankan Tengku sampai tengku rehat tau..jangan bohong..tuhan marah nanti masuk neraka”balas tengku.

“yea..yea..mama temankan Tengku k, don’t worry sayang mama tak tipu..mama takut masuk neraka sebab cakap bohong”jawab datin kepada Tengku sambil merapikan rambut Tengku, seorang budak lelaki yang sangat comel dan putih gebu.

Setibanya mereka sampai di sekolah, Pak mail membuka pintu untuk memastikan tuannya dapat keluar daripada isi perut kereta itu, datin mengarahkan Pak Mail untuk meletakkan kereta itu di tempat letak kereta. Arahan itu diterima tanpa sebarang bantahan. Memang seorang yang patuh Pak Mail ini. Mungkin juga beliau sudah biasa dengan arahan yang diberikan.

(lupa plak nak cerita pasal Pak Mail kan....hehehe..jom terbang jap kita kenal-kenal sapa Pak Mail)

Berusia 58 tahun dan telah berkerja dengan Dato’Azman dan Datin Liza selama 28 tahun. Pak Mail mempunyai 4 orang anak dan semuanya sudah besar-besar dan sudah ada yang berkahwin. Masih mempunyai isteri dan seorang anak yang masih belajar dan sedang menuntut di sebuah menara gading di luar Negara. Masih setia dengan dato’dan datin kerana beliau dengan Mak Jah sama juga banyak berhutang budi dengan dato’dan datin kerana banyak membantu keluarganya. Mana tidaknya, kalau status hanya pemandu kereta mana mampu untuk menghantar anak belajar ke luar Negara, walaupun mendapat pinjaman JPA daripada kerajaan masih tidak mampu untuk menghantar anaknya itu keluar Negara. Nasib baik dato’dan datin membantu pak mail.

Kalau dahulu, pak mail banyak membawa dato’ke sana ke sini, tetapi sekarang beliau mendapat arahan baru di mana kerjanya sekarang hanya membawa datin dan anaknya sahaja. Dato’sekarang lebih selesa membawa kereta sendiri dan hanya kadang kala akan mengunakan perkhidmatan Pak Mail, itu pun kalau beliau ingin ke luar Negara atas urusan perniagaan. Sekarang Pak Mail banyak masa terluang dan kebanyakkan masa juga dihabiskan bermain dengan tengku. Secara tidak langsung, Pak Mail merangkap datuk kepada Tengku dengan panggilan “Tok”.

(ok la tue sedikit sebanyak pasal pak mail..kalau nak tahu lagi pasal pak mail kena la baca cerita nie k..jom kembali ke sekolah)

Hari ini merupakan hari pertama Tengku menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Sebelum ini hanya ke taska dan suasana di sekolah rendah ini banyak perbezaannya kerana lebih ramai orang yang datang ke sekolah itu. Mana tidaknya kalau dahulu sekolah taska yang private, hanya segelintir sahaja yang mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah itu ( golongan kaya jew la kan). Sekarang Tengku akan bersemuka dengan dunia luar yang lebih mencabarnya.

“mama...tengku nak ke toilet la mama” beritahu Tengku kepada ibunya itu setelah dia perasaan sesuatu ingin terkeluar daripada adik kecilnya itu.

“jom kita cari toilet”balas ibunya sambil melihat ke arah sekeliling mencari tanda yang mengatakan itu adalah tandas.

Mujurla sekolah itu tidak berapa besar dan mudah untuk ibunya mencari tandas. Mahu tidak mahu ibunya terpaksa masuk ke tandas laki-laki. Tidak mahu dia membiarkan tengku masuk keseorangan, lagipun ketika itu ramai ibu yang juga masuk ke tandas itu untuk menemani anak-anak mereka ke tandas. Setelah selesai membuang air kecil, tengku dan ibunya itu berjalan ke kaunter pendaftaran. Berdasarkan pencapaian tengku sewaktu di taska dahulu, tengku layak untuk masuk ke kelas nombor satu. Bangga Datin Liza kerana anaknya itu dapat masuk ke kelas nombor satu, namun tidak ditunjukkan perasaan bangga itu dengan mendebik dada untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Sekadar senyum lebar kepada tengku, itu sudah mencukupi.

Itu lah datin, seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Mana tidaknya, beliau hanya memakai pakaian elegan dan hanya berpakaian baju kurung yang biasa, Cuma hiasannya sahaja yang nampak mewah sedikit tetapi tetap tidak menunjukkan bahawa dia datang daripada keluarga yang kaya kerana masih ada ibu-ibu yang lebih elegan daripadanya ketika itu. Biarlah asalkan selesa memakainya cukup, bukan untuk dijaja pakaian siapa yang paling cantik. Apa yang penting menghantar dan melihat anak-anak pergi ke sekolah pada hari pertama. Datin membawa tengku ke kelas yang telah diberitahu kepadanya sewaktu pendaftaran.

Kelas An-nur, sungguh sedap nama kelas itu, namun masih tidak ramai penghuninya lagi. Hanya beberapa orang murid dan ibu bapa yang menemani anak-anak mereka di dalam kelas itu kerana masih tiada guru yang ada di dalam kelas itu. Tengku dan ibunya memasuki kelas itu dan ibunya menyuruh Tengku duduk di hadapan di barisan tengah. Di belakangnya didukuki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang comel rupanya, tapi sayang tidak berteman. Maka, datin bertanya kepada budak itu...

“nama anak siapa, mak dengan ayah adik di mana? Soal datin kepada anak kecil itu.

“saya nama Puteri Sofea binti Kamarulzaman”jawab anak kecil itu tanpa menjawab soalan kedua daripada datin. Biasalah anak-anak kecil, kita tanya dua tiga soalan, yang pertama sahaja yang dia ingat..

“mak dengan abah sofea pergi mana”? tanya lagi datin kepada anak kecil yang bernama sofea itu.

“mak sofea dah balik jaga adik, ayah g kerja”jawab anak kecil itu tanpa rasa takut.

“wah..beraninya sofea ya”puji datin dengan sikap berani sofea yang tidak menangis seperti kebanyakkan anak-anak kecil lain yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka setelah mendaftar masuk ke kelas, mungkin kerana mereka terpaksa pergi bekerja untuk mencari rezeki namun begitu anak-anak kecil mana mahu mengerti itu semua, yang mereka tahu hanya mahu ibu bapa mereka berada disamping mereka ketika itu. Puas juga cikgu-cikgu yang bertugas di kelas itu memujuk anak-anak kecil itu.

“nie anak aunty, nama dia Tengku Nur Aliff bin Azman”datin memperkenalkan tengku dengan sofea. Sambil menyuruh anaknya itu bersalaman dengan sofea.

Dua tangan yang masih kecil itu berjabat tangan dan dari saat itu termeterai satu perjanjian yang bernama sahabat. Datin menyuruh sofea untuk duduk disebelah Tengku dan sofea tidak membantah dengan arahan itu dengan bangun dari tempat duduknya sekarang dan berpindah dan duduk di sebelah Tengku.

Sejurus itu, kelas tersebut kian dipenuhi dengan kelibat orang dewasa dan anak kecil. Makin ramai yang mula memenuhi dalam kawasan kelas itu. Pelbagai tingkah laku yang dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang gelak ketawa dan ada yang berkenalan diantara satu sama lain di mana ibu bapa sebagai jambatan kasih itu. Suasana di dalam kelas itu kian bingit dipenuhi dengan bual bicara orang dewasa yang cuba untuk kenal di antara satu sama lain. Datin Liza tidak melepaskan peluang ini untuk mengenali ibu bapa yang lain, cuma sekadar ingin berkenalan untuk megenali ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menjadi kawan sekelas tengku.

Dalam keadaa yang riuh rendah itu tiba-tiba terhenti apabila satu kelibat berkasut tumit tinggi lebih kurang 3 inci itu memasuki kelas tersebut, ketak...ketak...ketak...bunyi dia. Cikgu salmah memperkenalkan diri kepada isi kelas tersebut dan mengarahkan ibu bapa supaya meninggalkan anak-anak mereka di dalam kelas dan mengarahkan ibu bapa untuk berada di luar kelas supaya dia dapat memulakan dunia baru kepada anak-anak kecil yang berada dihadapannya yang hanya mengenali A,B,C.... dan 1,2,3.....itu. lagaknya seperti garang cikgu salmah itu, tetapi bila bersuara lembut bak sutera ditipu angin. Sedap sungguh suara wanita yang bergelar cikgu itu. Suara itu tiba-tiba terganggu apabila seorang kanak-kanak lelaki menangis di belakang.

“adik siapa nama”kata cikgu salmah dengan lembut menyapa kanak-kanak yang menangis itu.

“Putera Adrian Hakimi Bin Mansor, panggil saya Adrian jew”jawab penuh oleh kanak-kanak itu, petah berkata walaupun dalam keadaan menangis.

“sedapnya nama”, kenapa Adrian menangis nie”balas cikgu salmah

“saya takut...”balas anak kecil itu dalam ketakutan

“kenapa Adrian takut, cikgu kan ada kat sini.. kawan-kawan pun ramai kan”kata cikgu salmah.

“semua ada kawan, tapi Adrian tak da kawan”teresak-esak anak kecil itu tetapi sudah berenti menangis.

“ooo tak da kawan..nak cikgu kenalkan Adrian dengan kawan lain ke?”soal cikgu salmah

Tanpa membalas anak kecil itu mengangguk-angguk seakan-akan bersetuju dengan cikgu salmah. Adrian dibawa kehadapan dan diperkenalkan kepada semua isi kelas tersebut.

“murid-murid, nama kawan kita nie Putera Adrian Hakimi bin Mansor, dia tiada kawan lagi. Siapa nak kawan dengan Adrian sila angkat tangan” soal cikgu salmah kepada murid-muridnya.

Bila cikgu salmah menyoal murid-muridnya siapa yang mahu berkenalan dengan Adrian, seorang pun tidak mengangkat tangan bila cikgu salmah menyoal....kecuali tua tangan yang kerdil dan comel mengangkat tangan iaitu Tengku dan Puteri Sofea, memang berani sungguh anak-anak kecil ini dan memang ikhlas ingin berkawan dengan Adrian. Murid-murid lain bukan tidak mahu menganggkat tangan, mungkin sekali telah dipesan oleh ibu bapa supaya berhati-hati memilih kawan. Lucu juga kalau ada yang menasihati begitu kepada anak-anak (penulis ketawa kecil sendirian). Ibu tengku bangga dengan tindakan anaknya itu, memang tidak salah ajaran yang diajar kepada anaknya itu. Walaupun hanya melihat dari ruang luar kelas itu, ibu Tengku senyum lebar akan sikap anaknya itu dan jugak sikap kawan baru anaknya itu iaitu Puteri Sofea.

“siapa nama kamu”mengajukan soalan kepada Tengku.

“nama saya Tengku Nur Aliff Bin Azman”jawab tengku dengan gaya yang kaku, seperti tentera lagaknya.

“kamu pula siapa nama”soal cikgu salmah kepada sofea

“saya Puteri Sofea Binti Kamarulzaman, panggil saya sofea jew”jawab sofea kepada pertanyaan yang ditujukan kepadanya.

“sekarang Adrian dah ada kawan kan”jelas cikgu kepada Adrian yang kini mengukir senyuman kepada tengku dan sofea yang sudi menjadi temannya mulai hari itu.

Mereka bertiga telah memeterai satu ikatan janji yang tidak akan putus buat bila-bila meski pun mereka tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Perhubungan ini jugalah yang akan membawa mereka ke arah dunia yang penuh pancaroba dan dugaan setelah jari-jemari itu tersimpul bersalaman dan menjadi satu.

Satu perjalanan yang akan merubah keadaan dan kasih sayang yang akan tercipta di antara tiga hati ini.........

Nantikan episod seterusnya di dalam bab 3: Dunia Baru ku.

Sunday, October 17, 2010

BAB PERTAMA........

Bab 1 : SEMUANYA BERMULA DISINI.........

Manusia hanya menghakimi apa yang dilihat oleh mata kasar mereka, tidak pernah untuk memahami apa yang terpendam di dalam hati seseorang manusia itu. Sekeping hati yang mungkin sedang menanggung derita oleh desakkan dunia. Adakah dunia ini kejam? Namun begitu, inilah lumrah dunia, manusia dengan akal masing-masing yang sukar untuk kita fahami. Allah telah menciptakan dunia dan seluruh alam, manusia merupakan ciptaan teragung dengan dikurniakan akal fikiran tidak seperti binatang. Namun begitu, masih ada manusia yang bertindak melebihi sifat binatang. Sedangkan binatang pun akan sayangkan anaknya. Allah itu maha agung, apa yang terjadi didunia ini sentiasa didalam perhatian-Nya, ingatlah wahai manusia di mana jua kita berada, apa pun jua kita lakukan, kita tidak akan terlepas dari pandangan-Nya..................

(jom kita sambung citer k...)

7 tahun kemudian..........

Sinar pagi mula memancarkan cahayanya.Kelihatan cantik sekali pemandangan diufuk langit. Bilah-bilah cahayanya mula menusuk tubuh manusia yang mula keluar dari rumah untuk ke tempat kerja masing-masing. Begitu juga Tengku, hari ini merupakan hari pertama dia akan ke sekolah rendah. Namun begitu, keadaan ini sudah biasa bagi Tengku kerana seawal umur 4 tahun lagi ibunya telah menghantarnya ke taska. Bukan calang-calang taska tempat tengku belajar, semuanya diajar dalam bahasa inggeris kecuali subjek bahasa melayu, dari mengira, menyanyi dan bercakap semuanya dalam bahasa inggeris. Sudah menjadi kebiasaan kepada Tengku untuk “speaking” dengan kawan-kawannya dan jugak ibu bapanya. Datin Liza memang menitik beratkan pelajaran Tengku, mungkin ibunya itu mahu Tengku berjaya seperti suaminya iaitu ayah kepada Tengku sendiri tetapi bahasa ibunda tetap diajar juga dengan baik.

“good morning mummy”, tegur Tengku kepada ibunya yang sedang menyediakan meja untuk seisi keluarga bersarapan. “morning, sayang”balas ibunya yang sibuk menyediakan tempat makan pagi mereka.

Walaupun mereka mempunyai pembantu rumah, namun sejak kehadiran Tengku, segalanya Datin Liza akan sediakan dari makan dan minum sehingga menjaga anaknya itu. Semuanya dilakukan sendiri. Bukan tidak percaya kepada pembantu rumah dan bukan tidak meminta bantuan daripada pembantunya itu tetapi Datin ingin memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada keluarganya itu terutamanya anak kesayangannya itu. Mana tidaknya setelah sekian lama iaitu 9 tahun menunggu kehadiran Tengku. Sekarang keluarganya sudah lengkap walaupun doktor sudah memberitahu bahawa Datin Liza tidak akan dapat mengandung lagi. Datin Liza pasrah dengan berita yang disampaikan oleh doktor, tetapi baginya sekarang dia cukup bahagia kerana sudah memiliki suami yang baik dan seorang anak lelaki yang comel. Itu semua sudah memadai baginya dan dia sangat bersyukur kepada tuhan kerana mengurniakan Tengku kepadanya.

Kembali sarapan pagi......

“mummy masak apa hari nie”kata Tengku.
“mama buatkan sandwich kesukaan Tengku”balas ibunya
“that great, i love chicken sandwich”balas Tengku sambil mencium pipi ibunya sebagai tanda terima kasih.

Datin Liza membalas ciuman itu dengan mencium pipi dan dahi Tengku, baginya kebahagiaan Tengku adalah kebahagiaannya juga.

“moning sayang, moning to my beloved boy too” ucap Dato’Azman yang baru turun untuk bersarapan bersama-sama keluarganya itu sambil mencium isteri kesayangan dan anak manjanya itu. “mak jah..mak jah...”Datin Liza memanggil pembantu rumahnya itu yang bernama mak jah...

Tinggalkan kejap sarapan pagi..jom kita kenal ngan mak jah....

Mak jah nie seorang janda yang beranak 5 dan semua anaknya dah besar-besar dan ada yang sudah berkahwin. Mak jah bersyukur kepada tuhan kerana semua anaknya sudah berjaya. Anak-anaknya ada menasihatkan emaknya itu supaya berhenti daripada menjadi pembantu rumah di rumah Dato dan datin, tetapi mak jah tidak mahu berhenti kerja kerana dato’dan datin banyak membantu keluarganya dari segi kewangan untuk menyekolahkan anak-anaknya. Keluarga mak jah dengan keluarga dato’dan datin agak rapat juga. Malah dato’pun ada mengambil anak mak jah berkerja di syarikatnya selepas anak mak jah habis belajar di universiti. Alhamdullilah semuanya berkat doa dan kebaikkan dato’dan datin. Walaupun sudah menjengkau usia 60 tahun, kudrat mak jah masih kuat dan masih boleh membuat kerja-kerja rumah. dato dan datin tidak dapat menghalang mak jah daripada terus berkerja di rumahnya, dato dan datin juga ada mengatakan supaya mak jah berhenti sahaja dan berehat tetapi mak jah keras kepala juga mahu bekerja di situ. Dato dan datin tidak dapat berbuat apa-apa, lagipun mak jah sudah lama bekerja disitu semenjak arwah ayah dato’masih hidup lagi. Hampir 30 tahun mak jah sudah bekerja di rumah itu,satu tempoh masa yang lama.
Lagipun sekarang ini kebanyakkan kerja dilakukan oleh Datin, beban kerja mak jah sudah berkurang dan mereka bersama-sama bantu membantu diantara satu sama lain. Lagipun dato dan datin sudah menganggap mak jah seperti sebahagian daripada keluarga mereka. Tengku pun sangat manja dengan mak jah dan memerihalkan mak jah sebagai opah.........

Kembali sarapan pagi....

“ya datin”sahut suara seorang tua dari dapur yang bernama mak jah ( dah kenal kan sapa mak jah tue kan). “bawakan air teh yang saya buat tadi”arahan yang diberikan datin kepada mak jah. “baik datin”balas mak jah sambil mengambil dulang yang siap dengan teko dan cawan di atas dulang itu sambil menuju ke arah meja makan.
“mak jah duduk sekali makan dengan kami ya”kata dato.

Mak jah sudah biasa dengan arahan itu, mak jah ambil teko yang berisi air teh panas dan menuangkannya kedalam cawan dan diberikan kepada dato’, dato Azman memang suka minum teh panas di pagi hari. Manakala tengku dan datin suka minum susu dan jus oren....selepas menuagkan air untuk dato’mak jah duduk disebelah tengku. Air datin dan tengku sudah siap sedia di hadapan mereka, kerana datin sudah menyediakannya sendiri.

“morning opah” ucap Tengku kepada mak jah yang dianggapnya sebagai opah. Maklum la lahir-lahir saja tidak ada datuk dan nenek kerana kedua-dua orang tua dato dan datin sudah lama tiada, sudah kembali ke ramatullah..(al-fatihah..)

“monin cucu sayang opah”sahut mak jah sambil mencium dahi Tengku
Tengku mengambil tangan opahnya dan disalamnya sambil mencium tangan orang tua itu yang sudah berkedut seribu. Tetapi tangan itu la yang selalu bermain dengannya. Tengku memang sangat sayang opahnya itu.

(Jom kita ke peristiwa silam balik...di mana Tengku penah bergaduh kerana rebutkan opahnya itu dengan cucu sebenar mak jah...)

Sewaktu Tengku berusia tiga tahun, tengku pernah bergaduh dengan cucu mak jah. Budak-budak biasa la tidak memahami erti berkongsi kalau sudah biasa semuanya hak dia. Suatu hari, keluarga anak mak jah datang untuk menziarahi emak mereka di rumah dato dan datin dan waktu itu datin dan dato tidak ada dirumah tetapi sudah diminta izin daripada dato oleh mak jah dengan mengatakan bahawa anaknya mahu datang pada hari itu, dato dan datin tidak pernah menghalang dan pernah berkata diaorang boleh datang bila-bila masa dan tidak perlu mintak izin daripada mereka terlebih dahulu. Tetapi biasa la adat orang kerja kat rumah orang semua kena mintak izin, sudah terbiasa kelakuan mak jah berbuat demikian sehinggakan dato dan datin kenal benar perangai mak jah, seorang yang baik hati dan jujur. Susah nak cari tukang gaji begini pada zaman sekarang ini..(alamak dah tersasul – kembali ke jalan cerita). Nak dijadikan cerita, pada waktu itu, Tengku berada di rumah dan ini kali pertama anak mak jah datang dan membawa anak-anaknya sekali. Bila cucu mak jah ingin duduk di atas peha mak jah, tengku menolak cucu mak jah ketepi dan dia pula yang duduk di peha mak jah. Budak-budak memang susah nak berkongsi dan mudah merajuk. Mak jah ketawa kecil dengan kelakuan Tengku itu.

“kenapa Tengku tolak abang, tak baik tau” tegur mak jah kepada Tengku
“Opah tengku nyee..”balas tengku dengan bahasa pelatnya itu..
“yea, opah tengku punya tapi opah pun abang punya jugak”balas mak jah
“tengku tak nak kongsi opah ngan orang lain, opah tengku nyee” balas tengku sambil memeluk erat tengkuk mak jah, hampir menitis batu permata dari mata anak kecil itu.
Anak mak jah hanya melihat dan ketawa kecil...
“ya..ya..opah tengku punya”kata anak mak jah yang dikenali sebagai Zam...
“Tengku jangan merajuk yea...dah-dah jangan menangis yea sayang”katannya lagi sambil mengusap-usap kepala Tengku dan diambilnya dan didukung dan dibawa keluar untuk melihat keindahan diluar rumah Tengku...Tengku tidak menolak kerana anak kecil ini memang mudah mesra dengan orang lain dan sungguh manja lagaknya.
Muncung saja mulut tengku ketika itu..budak-budak memang mudah merajuk.

(Itu la al-kisahnya hehe sori diaorang tak gaduh pun tolak-tolak macam tue jew..jom terbang balik sarapan pagi yang tak abis lagi tue...)

Tengku memang sayangkan Opahnya itu dan sering menolong opahnya melakukan kerja-kerja rumah. dato dan datin tidak menghalangnya kerana mereka faham dan mahu tengku berdikari sendiri...(jgn ingat anak orang kaya semua idup senang dan goyang kaki jew). Setelah selesai bersarapan pagi, Ibu tengku mengambil beg tengku dan membawanya masuk kedalam kereta dan menyuruh tengku masuk sekali ke dalam kereta itu. Pak Mail memandu kereta BMW 553i itu dengan kelajuan yang sederhana setelah isi kereta itu selamat masuk dan berkunci pintunya. Datin menghantar tengku ke sekolah dan hari ini merupakan hari pertama tengku bersekolah di sekolah kebangsaan yang tidak jauh dari rumahnya itu..

Tengok anak dato pun sekolah kebangsaan...bukan tiada duit nak hantar ke sekolah private tapi dato dan datin mahu anak mereka bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Lagipun dato dan datin bukanlah dari keluarga yang senang lenang sejak dari dahulu lagi. Pernah merasai kesusahan hidup dan keperitan dalam mencari sesuap nasi untuk mengisi perut mereka. Alhamdullilah berkat usaha mereka berjaya pada hari ini.

Bersambung..... sapa pulak pak mail nie..memang dia pemandu..tapi siapa pak mail akan saya ceritakan dalam bab 2 nanti k...

Thursday, October 14, 2010

E-NOVELLA KU YANG PERTAMA



TATKALA KU PEJAMKAN MATA

E-NOVELLA PERTAMA KU......

ku leka dengan dunia fana..mencari erti sebenar siapa diri ini..........ku melangkah lemah tanpa sesiapa di sisi..tatkala itu kau hadir dalam hidup ini membawa sinar bahagia......

Bila kau disisi ku rasakan dunia ini kembali berseri..kau bimbing langkahku..kau sambut tanganku tatkala ku ingin terjatuh...kau bagai mimpi indah yang telah lama ku impikan.....

Kau ubati hati ini untuk berkongsi kasih dengan mu kasih..kau lakarkan mimpi indah untuk ku beradu ..kau bagaikan angan-angan yang sukar untuk ku lupakan.
Segalanya bermula disini..................

Datin Liza dan Dato’ Azman telah lama menunggu kedatangan cahaya mata, setelah lama menunggu hampir 9 tahun. Berkat usaha dan doa kepada illahi, akhirnya mereka dikurniakan sebutir permata yang tidak ternilai harganya. Begitu sayang mereka kepada Tengku......sehinggakan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap ke atas kulit anak kesayangan mereka. Sanggup berjaga malam untuk memastikan Tengku dapat tidur dengan lena. Begitu sayang sekali mereka terhadap tengku, sehinggakan Datin Liza sanggup berhenti daripada segala aktiviti kedatinannya dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Manakala Dato’Azman pula sering pulang awal ke rumah untuk bermain dengan anak kesayangannya itu. Tidak seperti sebelum ini, masing-masing dengan urusan sendiri dan jarang bersama. Saat ini rumah itu dilimpahi kasih sayang yang tidak terhingga kerana telah hadirnya cahaya menerangi kehidupan Datin Liza dan Dato’Azman.

(Tinggalkan semua itu sebentar kita tumpukan siapa Tengku pulak...)

Tanggal 31 Ogos 1986, seorang bayi telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, tepat jam 12.05 a.m, keluarnya seorang bayi lelaki daripada rahim ibunya yang telah ditatang selama 9 bulan 10 hari. Nama diberi Tengku Nur Aliff yang bermaksud cahaya yang pertama kerana Tengku merupakan cahaya yang pertama yang hadir dalam hidup Datin Liza dan Dato’Azman yang bakal merubah segalanya. Tengku merupakan seorang bayi yang sangat comel dan mempunyai sepasang mata yang cantik, bulu matanya panjang dan lentik, pipi yang gebu dan putih melepak seakan-akan bayi arab. Semua itu mungkin diwarisi daripada Dato’Azman kerana Dato’Azman merupakan seorang yang berdarah campuran daripada melayu, cina, dan arab. Mungkin itu semua telah diwariskan kepada Tengku, mata dan bulu mata yang panjang dan lentik itu mungkin diwarisi daripada Datin Liza kerana Datin memang merupakan seorang wanita yang cantik dan mempunyai sepasang mata yang sungguh menawan yang dapat menundukkan sesiapa yang memandangnya.

(jom kita lompatkan cerita nie sikit...)

7 tahun kemudian......................segala cerita bermula....

Nantikan bab 1 daripada e-novella : TATKALA KU PEJAMKAN MATA.......

-BAB PERTAMA AKAN DITERUSKAN BERDASARKAN KOMEN-KOMEN ANDA..SILA KOMEN YEA..MANA TAU ADA KESALAHAN TATABAHASA..SAYA NIE BM DAPAT C JEW...

Tuesday, October 5, 2010

ApE SeLaK - sELaK NiE.....

nie tgah dok relax2..saja jari nie dok gatai nak menaip...hehehe..nie nak kongsi cerita pasal kes hareemmmmm nie....tue dia dok byk la cerita sana sini pasal halal n hareem nie kan..tapi tue la manusia tak jugak paham2..tapi kat sini bukan nak dok citer pasala kategori halal n haram pasal makanan tapi kes hareemmm yg dok melanda idup nie....

kategori hareem nie byk..tak terkata la..tue dia byk kes hareem pasal buang bayi la..teu kes hareem jadah la tue..nie plak kes hareem jadah suka selak kain orang plak..dia plak tak dok tgk kain sendiri..dah dok terselak sana sini..motif??? jgn nak dok selak kain orang nak tau apa ada dalam kain tue..dok jaga kain sendiri...

bukan nak marah ka apa..tapi paham2 la manusia nie..tak pueh ngan hal sendiri..hal orang lain la dia dok pedoli...jaga la laki kat umah tue..anak p ka sekolah..tak ka kan..laki dah makan ka blum ka..nie dok mencanang bak mami jarum tue....sini cakap lain sana cakap lain..macam dia bubuh "secukup rasa" jew bagi sedap cerita teu..mmg kes hareem jadah nie..

orang macam nie susah nak kena terajang ketepi sebab tak penah nak peduli n serik selagi tak kena batang idung sendiri..dah elok2 lain dok buat keja aman damai bahagia lagi..nie tak mai jugak cakap2....pot...pet..pot..pet..macam dia la yg membela nasib orang lain..hehe tapi hakikat buat orang lain sakit aty jew u olls...

bukan nak dok mengadu tapi tue la realiti manusia skung..lebih suka selak kain orang dari selak kain sendiri kan...tak penah nak puas kew...ish3..suka tgk orang nya dalam kot dari tgk sendiri punya kan..manusia yg tak penah puas kan tue la..mmg hareem nya kes...dok suka ja selak2 kain orang kan..tapi kalau yg pakai seluak plak..kira bak kata dok suka bukak zip orang la kan..hehehe propa ja kan..tapi tue la kebenaranya manusia skung...

takat nie ja la i u olls bleh tulis..setakat nak bg tau isi haty kan..dok simpan2 pun sakit gak kan..so nak gak kongsi ngan u olls pasal orang yg suka selak2 kain orang nie kan...ingat jgn bg orang lain selak kain ang pa na...nanti abis terburai ikatan kain bukan dok selak2 lagi dah..dah nmpk semua kan...lagi malu...

p/s: jaga kain sendiri na.....pkai tali pinggang or pkai seluar susah orang nak selak2 nie..hehehe

Thursday, September 30, 2010

sEpi........

kali nie i nak taip something special buat teman seperjuangan yang telah meninggalkan opis kitaorang nie...(p/s : dia dapat keja more better then before..hehe..after this i will go to..opsss)

lagu nie khas buat miss minnie......


indah tenang di waktu pagi....
nyaman ku rasakan........
ku lihat mu terpandang wajah nan indah...
namun kau berpaling.......

terjalin indah hubungan....
erat bila mengenali mu...
rasa tak jemu - jemu...
bila bersama mu......

kini....
kau telah pergi.....
meninggalkan...diri ini...
rasa kasih dan sayang telah kau tinggalkan........

kau pergi......pergi......pergi..
terasa ketiadaan mu...
walaupun dekat namun tiada disisi......
senyum tawa mu terukir indah....buat kami...

kau pergi.............pergi.........pergi..
langkah mu kian jauh....
terasa sepi..dipejabat ini...
senyum tawa masih di rasaiiii........

kami rindu.....kami sayang...kamu.....
kerna kau...satu permata...sayang kamu......
hilang di mata.....walaupun di sebelah saja...
hanya doa kami iringi untuk mu.......

sepi..........................

(hehehe...lirik melalut...sorry ekk tak lepas nak jadi penulis lirik..so apa2 jew la k...)


sapa la akan isi tempat kosong nie ekk....harap2 sama macam miss minne..hehehe

lagu nie ikut rentak lagu pergi aizat k plus rangkap akhir bedal jew...hehehehe..khas buat miss minnie..ayat2 dia bukanlah melambangkan saya sorang ja..tapi seluruh warga opis nie..(P/S : bos tak termasuk k..hehehe)

Tuesday, September 28, 2010

PayBox

Job Summary
Location
Telecommute (your location)
Salary
USD $60,000 to $120,000/yr
Category
IT
Education
High School or equivalent
Experience
2 to 10 years
Position Type
Full-Time
Date Posted
September 22, 2010Web Developers and more... (Opened: Sep 22, 2010)
What We Need:
We're looking for Web Developers, Database Administrators, Systems Administrators and more. PayBox is growing quickly and we are moving into rapid development mode. Although this job listing is most specifically directed to web developers, please send in your resume if you are a database administrator, systems administrator or a technical architect experienced in designing large-scale web applications, storage systems, or computing/network systems.

We need team players who preferably have experience in fast-paced start-up environments. For the web developer, the skills we're looking for are listed below. If you think you're qualified, please apply.
Skills & Qualifications We're Interested In:
•Must be a team player.
•Must be fluent in English.
•Must demonstrate good communication skills.
•Must be self-motivated and able to work independently.
•Nginx configuration and tuning (especially in a multi-server, load balanced setting).
•3+ years experience in Object Oriented programming in PHP 5+ and/or Python.
•3+ years experience with MySQL 5+
•Experience with Amazon Web Services (S3, EC2, RDS, SimpleDB, etc.)
•Must be familiar with source control and unit testing.
•Zend Framework and MVC design pattern a plus.
•Expertise with load balancinig and caching technologies.
•Proven experience with troubleshooting and solving complex problems.
•Must be highly motivated, creative and thorough.
Job Description:
You will be working on what we believe is the next generation in payment systems and technologies. You'll be designing and developing a high-traffic web application. Generating technical documentation and application flow charts. Keeping on top of the latest technologies and applying them.
About PayBox.me:
PayBox is a new payment service that is being built from the ground up in a grass-roots way. Our goal is to make buying and selling online easier, more secure and available to everyone.



PayBox
(clicks this link to apply the job)

PayBox

PayBox

Monday, September 27, 2010

iDuP KeNa cERiA.......

idup kena ceria macam saya...hehehe



sapa kata hidup tak best....kalau ada gak orang tue yg tak best..hehe

nie satu petua kalau nak kekal muda. salah satu dia ialah idup mesti ceria...tapi jgn lupa 5 waktu siang dan malam tue..tue petua yg pling mujarab sekali u olls kalau nak tahu..tapi kat sini bukan i nak membebel pasal tue k...

kalau idup nie muram jew kan..mmg tak best la kan..kena ada moto idup mesti ceria..baru idup korang ceria..kalau muram2 mesti tak best.. muka monyok jew memanjang..mana la tak kedut seribu kan muka tue..tgk bos i..masam jew muka..kedut byk tue...hehehehe (bos sorry ekk)...

idup mesti ceria....mesti kena jugak..kalau tak ceria tak best buat keja..macam i skung mood tak baik tak ceria..semua keja malas buat (tapi taip blog menceriakan i..so rajin tulis blog ari nie..hehe)...




idup kena ceria...mesti la kan..kalau korang semua out or date ngan aweks or pakwe korang mesti la kena ceria..mana bleh tak ceria..tak best la dating tue kan..jgn ceria lebih2 cukup..ingat tuhan tue tgk jew apa korang buat tau.....astag'firullahalazimmmm....



idup kena ceria..time makan pun kena la ceria gak kan..kalau tak ceria..makan jew la benda apa pun mesti korang tak lalu gak..walaupun perut korang tue lapo gler tahap gaban...mesti korang akan cakap..tak sedap la makanan nie..padahal tue dia chef yg dok masak...ish3..



idup kena ceria...dalam umah tangga mesti kena ceriakan..kalau tak ceria..mmg tak berseri la umah tangga teu..bergaduh laki bini memanjang..byk plak piring terbang kan...ish3..so idup kena la ceria semoga rumah tangga kekal bahagia selalu...

tapi.........

idup mesti tak kan ceria kadang kala..teu mesti kena ada gak..kalau semuanya ceria jew..sapa tahu yg kita nie ada masalah or tak kan..tak da plak orang bertanya u ada masalah kew..bleh i tolong u kew apa kew kan..mmmmm..nanti rasa tak best plak kan kalau semuanya sempurna......so it must be balance to get the balance life....

k la setakat nie jew keceriaan yang saya ada untuk post kali ini..dah mula tak ceria sebab bos yg keluar tadi dah balik..huhuhuhu so selamat membaca n beramal k....bye..



jadi macam kami nie...ceria selalu..friendz 4 ever n ever...idup kena ceria

Sunday, September 5, 2010

RamAdHan....MeRdEkA.....RaYe........dan aku.......

tahun nie bulan puasa macam best sikit coz nie first time i puasa n kerja....sebelum nie pose blaja..pose blaja...jew...so tahun nie berbeza sikit n baru tahu perasaan orang yang keja sambil berpuasa.......

tahun nie mencabar sikit bagi i uolls..maklum la dua hari lagi nak puasa i kena demam denggi u olls...dah tak puasa tiga ari..skip2 macam tue..maklum la kena la ikut nasihat doktor..tue pun puasa gak curik2..doktor tanya pose or tak..i jawab u olls tak..dia kata "BAGUS" byk kan minum air..i nak puasa uolls so i tetap puasa walaupun nyawa menjadi pertaruhan....

selepas kat 2 minggu gak i bergelut ngan denggi nei..asyik ulang alik g hospital selayang yg jauh saujana mata memandang tue..i bawak moto sorang2 jew uolls..mata rabun2 macam tue..maklum la dah la sakit then puasa lagi....huhuhu sedey u olls..tapi tak pa demi kesihatan dan keselamatan diri i bawak 40 km/j jew k...mmg berasap jew kenderaan kat belakang i...hihihi

selepas 2 minggu bergelut ngan denggi i dapat berita baik uolls..doktor kata "awak mmg kena denggi tapi denggi jenis biasa bukan denggi berdarah"... i bersyukur kepada illahi sebab bagi i penyakit yang tak memudaratkan uolls......haha tapi sebelum i sihat uolls..dah abis tangan nie kena cucuk dek pembantu perubatan amik darah nak uji kan..sampai dia kata nak cucuk kat mana lagi nie...then i jawab "cucuk la bang kat mana bleh cucuk lagi"...i gelak dalam ati uolls...

bulan ramadhan nie meriah gak sebab dia jatuh dalam bulan ogos kan..meriah la sebab kita dah merdeka kat 53 tahun..tapi i baru jew merdeka 24 tahun kan sebab baru 24 jew umur i...hihihi....sebab tahun nie i dah berpindah ke kL so meriah la sambut merdeka tahun nie..nak tahu kat mana uolls...hihihi i dok terbongkang dalam bilik tidok..penat keja uolls..siang ada program kat seremban balik2 jew dah malam then melayang2 kepala nie cari bantal uolls...sedar2 dah jam 5 so sahur sekali....tapi tak pa keesokkan malamnya i merewang pusing kL ngan kawan yg baru jew i kenal..oppsss..hahahaha..kawan2 jew..

tahun nie pun best gak puasa sebab macam2 karenah yg i n opis mate buat..merayau2 terutamanya ngan sapik....wa tahun nie sapik raya sakan shoping beribu2 uolls...i pun tak tershoping ...huhu..tak pa janji sapik dapat beli baju raya dia uolls.....may be i dah byk baju kot..hahaha...bukak pose pun macam best jew kan...kat hotel la...kat tepi jalan la...kat dalam bilik hotel la...opsss ramai2 k..bukan berdua2 an tau..hahahaha...paling best bukak ngan family..walaupun makanan ala kadar tapi perasaan bila bersama family yg membuatkan semua makanan ala2 hotel 8 bintang gitue..yew la kan masakan mak adalah yang terbaik dari ladang...

raya tahun nie pun best gak sebab dapat cuti 10 hari..lama sampai pikir nanti nak buat apa kat kg..hihihi...ermmm skung nie just menghitung jari nak raya jew lagi..tggal dua hari lagi nie.....baju raya tak shoping lagik nie..huhuhu terpaksa la pkai baju yang sedia ada jew kot..ecehhhh ayat padahal dah bli sepasang..hihihi...k la uolls setakat nie jew i nak tulis..ada lagi nak citer tapi macam tak larat plak maklum la puasa kan,..hihihi...tapai kan i tgk ragam orang puasa kat kL nie n may be sama jew la kat mana2 kan..ish3 sedey uolls..ada yang tak pose uolls..selambew jew g macD beli breakfast...hahaha...then i bawak moto uolls berenti sebelah lori kecik..tertunduk2 mamat tue kat sebelah tempat duduk..i tgk uolls dia minum air jagung uolls..tertelan air liur i..dia bleh siap bukak tingkap..and dia kata "adik nak sikit kew..."hahahaha siot jew abg tue...then lampu ijau i pecut merempit...b;eh dia gelak uolls..ish2 macam2 manusia skung nie...

k la tak larat la nak taip lagi uolls...so nie la cerita i dengan ramadhan, merdeka n raya yang akan datang tak lama lagi..apa2 pun uolls i nak mintak ampun kalau ada salah kata atau tertulis silap kan..harap diampunkan k...

akhir kata....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...Maaf Zahir & Batin...

kad nie khas buat semua.......

Tuesday, August 3, 2010

TatKala SeNja maKiN mEnjeLmA



meredah ranjau kehidupan..
penuh onak dan duri...
sesekali ingin ku lari dari kenyataan dan berlari ke alam fantasi...
rindu akan bulan tatkala mentari memancar...
rindukan mentari tatkala mendung menyapa.....
rindukan hujan tatkala kemarau melanda......


cinta mengunung bila diri keseorangan...
berlalu pergi bila cinta memekar.....
mencari erti cinta sejati tatkala hati dilanda kemarau...
meredah ombak tatkala kapal kian karam.....
sinar dinanti untuk memberi harapan...
namun...apa yang ku inginkan tidak kesampaian...


nikmat itu sentiasa ada..
tidak kira dalam kesusahan atau dalam kegembiraan...
cuma manusia kian lupa....
nikmat yang diberi tidak ditadahkan tangan memanjatkan kesyukuran....
bila bala mendatang...
baru kita semua teringatkan-Nya....


manusia......usiamu makin senja.....
apa lagi ingin kau kecapi......
bergunung harta telah kau kumpulkan....
seluruh alam telah kau merantau...
mencari dunia..akhirat kau lupakan....
ingatlah zaman semakin dihujunnya.....


tatkala senja makin menjelma...
kau manusia inginkan pagi yang ceria..
mencari duniawi tidak kesudahan.....
keseronokkan menjadi peneman...
keimanan dan ketaqwaan engkau jauhi...
sesak manusia engkau hiraukan.....


kembalilah....wahai manusia....
kejalan yang telah disediakan kepada engkau....
jalan yang benar dan lurus yang telah lama terbentang....
namun manusia itu kadang-kadang buta...
mencari jalan tidak berjumpa...
tidak kelihatan kerana buta manusia itu pada mata hatinya....






sekian......