ZamaN DoLu-DoLu....

ZamaN DoLu-DoLu....

abOuT mY DreAm

hai..i a new bloggers ..so please to meet you all. tunjuk ajar ku sifu... what my dream is? i just wanna be myself and to be a great person in this world..i hope so..but human all not perfect..so do i..but i can be among of the best if i want it..ur all can dream like me if u want it to be..it all depand on our desire to make it be true....and someday when ur realize ur can do it don't stop just like that ...just do it k....our life is short so enjoy it as ur can......('',)v



AbOuT mE

My photo
Where i stand, Where i live, Malaysia
Happy go lucky person..wanna make me hot? come and know me first..then we can get down if ur wanna babey..hahaha

Sunday, October 17, 2010

BAB PERTAMA........

Bab 1 : SEMUANYA BERMULA DISINI.........

Manusia hanya menghakimi apa yang dilihat oleh mata kasar mereka, tidak pernah untuk memahami apa yang terpendam di dalam hati seseorang manusia itu. Sekeping hati yang mungkin sedang menanggung derita oleh desakkan dunia. Adakah dunia ini kejam? Namun begitu, inilah lumrah dunia, manusia dengan akal masing-masing yang sukar untuk kita fahami. Allah telah menciptakan dunia dan seluruh alam, manusia merupakan ciptaan teragung dengan dikurniakan akal fikiran tidak seperti binatang. Namun begitu, masih ada manusia yang bertindak melebihi sifat binatang. Sedangkan binatang pun akan sayangkan anaknya. Allah itu maha agung, apa yang terjadi didunia ini sentiasa didalam perhatian-Nya, ingatlah wahai manusia di mana jua kita berada, apa pun jua kita lakukan, kita tidak akan terlepas dari pandangan-Nya..................

(jom kita sambung citer k...)

7 tahun kemudian..........

Sinar pagi mula memancarkan cahayanya.Kelihatan cantik sekali pemandangan diufuk langit. Bilah-bilah cahayanya mula menusuk tubuh manusia yang mula keluar dari rumah untuk ke tempat kerja masing-masing. Begitu juga Tengku, hari ini merupakan hari pertama dia akan ke sekolah rendah. Namun begitu, keadaan ini sudah biasa bagi Tengku kerana seawal umur 4 tahun lagi ibunya telah menghantarnya ke taska. Bukan calang-calang taska tempat tengku belajar, semuanya diajar dalam bahasa inggeris kecuali subjek bahasa melayu, dari mengira, menyanyi dan bercakap semuanya dalam bahasa inggeris. Sudah menjadi kebiasaan kepada Tengku untuk “speaking” dengan kawan-kawannya dan jugak ibu bapanya. Datin Liza memang menitik beratkan pelajaran Tengku, mungkin ibunya itu mahu Tengku berjaya seperti suaminya iaitu ayah kepada Tengku sendiri tetapi bahasa ibunda tetap diajar juga dengan baik.

“good morning mummy”, tegur Tengku kepada ibunya yang sedang menyediakan meja untuk seisi keluarga bersarapan. “morning, sayang”balas ibunya yang sibuk menyediakan tempat makan pagi mereka.

Walaupun mereka mempunyai pembantu rumah, namun sejak kehadiran Tengku, segalanya Datin Liza akan sediakan dari makan dan minum sehingga menjaga anaknya itu. Semuanya dilakukan sendiri. Bukan tidak percaya kepada pembantu rumah dan bukan tidak meminta bantuan daripada pembantunya itu tetapi Datin ingin memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada keluarganya itu terutamanya anak kesayangannya itu. Mana tidaknya setelah sekian lama iaitu 9 tahun menunggu kehadiran Tengku. Sekarang keluarganya sudah lengkap walaupun doktor sudah memberitahu bahawa Datin Liza tidak akan dapat mengandung lagi. Datin Liza pasrah dengan berita yang disampaikan oleh doktor, tetapi baginya sekarang dia cukup bahagia kerana sudah memiliki suami yang baik dan seorang anak lelaki yang comel. Itu semua sudah memadai baginya dan dia sangat bersyukur kepada tuhan kerana mengurniakan Tengku kepadanya.

Kembali sarapan pagi......

“mummy masak apa hari nie”kata Tengku.
“mama buatkan sandwich kesukaan Tengku”balas ibunya
“that great, i love chicken sandwich”balas Tengku sambil mencium pipi ibunya sebagai tanda terima kasih.

Datin Liza membalas ciuman itu dengan mencium pipi dan dahi Tengku, baginya kebahagiaan Tengku adalah kebahagiaannya juga.

“moning sayang, moning to my beloved boy too” ucap Dato’Azman yang baru turun untuk bersarapan bersama-sama keluarganya itu sambil mencium isteri kesayangan dan anak manjanya itu. “mak jah..mak jah...”Datin Liza memanggil pembantu rumahnya itu yang bernama mak jah...

Tinggalkan kejap sarapan pagi..jom kita kenal ngan mak jah....

Mak jah nie seorang janda yang beranak 5 dan semua anaknya dah besar-besar dan ada yang sudah berkahwin. Mak jah bersyukur kepada tuhan kerana semua anaknya sudah berjaya. Anak-anaknya ada menasihatkan emaknya itu supaya berhenti daripada menjadi pembantu rumah di rumah Dato dan datin, tetapi mak jah tidak mahu berhenti kerja kerana dato’dan datin banyak membantu keluarganya dari segi kewangan untuk menyekolahkan anak-anaknya. Keluarga mak jah dengan keluarga dato’dan datin agak rapat juga. Malah dato’pun ada mengambil anak mak jah berkerja di syarikatnya selepas anak mak jah habis belajar di universiti. Alhamdullilah semuanya berkat doa dan kebaikkan dato’dan datin. Walaupun sudah menjengkau usia 60 tahun, kudrat mak jah masih kuat dan masih boleh membuat kerja-kerja rumah. dato dan datin tidak dapat menghalang mak jah daripada terus berkerja di rumahnya, dato dan datin juga ada mengatakan supaya mak jah berhenti sahaja dan berehat tetapi mak jah keras kepala juga mahu bekerja di situ. Dato dan datin tidak dapat berbuat apa-apa, lagipun mak jah sudah lama bekerja disitu semenjak arwah ayah dato’masih hidup lagi. Hampir 30 tahun mak jah sudah bekerja di rumah itu,satu tempoh masa yang lama.
Lagipun sekarang ini kebanyakkan kerja dilakukan oleh Datin, beban kerja mak jah sudah berkurang dan mereka bersama-sama bantu membantu diantara satu sama lain. Lagipun dato dan datin sudah menganggap mak jah seperti sebahagian daripada keluarga mereka. Tengku pun sangat manja dengan mak jah dan memerihalkan mak jah sebagai opah.........

Kembali sarapan pagi....

“ya datin”sahut suara seorang tua dari dapur yang bernama mak jah ( dah kenal kan sapa mak jah tue kan). “bawakan air teh yang saya buat tadi”arahan yang diberikan datin kepada mak jah. “baik datin”balas mak jah sambil mengambil dulang yang siap dengan teko dan cawan di atas dulang itu sambil menuju ke arah meja makan.
“mak jah duduk sekali makan dengan kami ya”kata dato.

Mak jah sudah biasa dengan arahan itu, mak jah ambil teko yang berisi air teh panas dan menuangkannya kedalam cawan dan diberikan kepada dato’, dato Azman memang suka minum teh panas di pagi hari. Manakala tengku dan datin suka minum susu dan jus oren....selepas menuagkan air untuk dato’mak jah duduk disebelah tengku. Air datin dan tengku sudah siap sedia di hadapan mereka, kerana datin sudah menyediakannya sendiri.

“morning opah” ucap Tengku kepada mak jah yang dianggapnya sebagai opah. Maklum la lahir-lahir saja tidak ada datuk dan nenek kerana kedua-dua orang tua dato dan datin sudah lama tiada, sudah kembali ke ramatullah..(al-fatihah..)

“monin cucu sayang opah”sahut mak jah sambil mencium dahi Tengku
Tengku mengambil tangan opahnya dan disalamnya sambil mencium tangan orang tua itu yang sudah berkedut seribu. Tetapi tangan itu la yang selalu bermain dengannya. Tengku memang sangat sayang opahnya itu.

(Jom kita ke peristiwa silam balik...di mana Tengku penah bergaduh kerana rebutkan opahnya itu dengan cucu sebenar mak jah...)

Sewaktu Tengku berusia tiga tahun, tengku pernah bergaduh dengan cucu mak jah. Budak-budak biasa la tidak memahami erti berkongsi kalau sudah biasa semuanya hak dia. Suatu hari, keluarga anak mak jah datang untuk menziarahi emak mereka di rumah dato dan datin dan waktu itu datin dan dato tidak ada dirumah tetapi sudah diminta izin daripada dato oleh mak jah dengan mengatakan bahawa anaknya mahu datang pada hari itu, dato dan datin tidak pernah menghalang dan pernah berkata diaorang boleh datang bila-bila masa dan tidak perlu mintak izin daripada mereka terlebih dahulu. Tetapi biasa la adat orang kerja kat rumah orang semua kena mintak izin, sudah terbiasa kelakuan mak jah berbuat demikian sehinggakan dato dan datin kenal benar perangai mak jah, seorang yang baik hati dan jujur. Susah nak cari tukang gaji begini pada zaman sekarang ini..(alamak dah tersasul – kembali ke jalan cerita). Nak dijadikan cerita, pada waktu itu, Tengku berada di rumah dan ini kali pertama anak mak jah datang dan membawa anak-anaknya sekali. Bila cucu mak jah ingin duduk di atas peha mak jah, tengku menolak cucu mak jah ketepi dan dia pula yang duduk di peha mak jah. Budak-budak memang susah nak berkongsi dan mudah merajuk. Mak jah ketawa kecil dengan kelakuan Tengku itu.

“kenapa Tengku tolak abang, tak baik tau” tegur mak jah kepada Tengku
“Opah tengku nyee..”balas tengku dengan bahasa pelatnya itu..
“yea, opah tengku punya tapi opah pun abang punya jugak”balas mak jah
“tengku tak nak kongsi opah ngan orang lain, opah tengku nyee” balas tengku sambil memeluk erat tengkuk mak jah, hampir menitis batu permata dari mata anak kecil itu.
Anak mak jah hanya melihat dan ketawa kecil...
“ya..ya..opah tengku punya”kata anak mak jah yang dikenali sebagai Zam...
“Tengku jangan merajuk yea...dah-dah jangan menangis yea sayang”katannya lagi sambil mengusap-usap kepala Tengku dan diambilnya dan didukung dan dibawa keluar untuk melihat keindahan diluar rumah Tengku...Tengku tidak menolak kerana anak kecil ini memang mudah mesra dengan orang lain dan sungguh manja lagaknya.
Muncung saja mulut tengku ketika itu..budak-budak memang mudah merajuk.

(Itu la al-kisahnya hehe sori diaorang tak gaduh pun tolak-tolak macam tue jew..jom terbang balik sarapan pagi yang tak abis lagi tue...)

Tengku memang sayangkan Opahnya itu dan sering menolong opahnya melakukan kerja-kerja rumah. dato dan datin tidak menghalangnya kerana mereka faham dan mahu tengku berdikari sendiri...(jgn ingat anak orang kaya semua idup senang dan goyang kaki jew). Setelah selesai bersarapan pagi, Ibu tengku mengambil beg tengku dan membawanya masuk kedalam kereta dan menyuruh tengku masuk sekali ke dalam kereta itu. Pak Mail memandu kereta BMW 553i itu dengan kelajuan yang sederhana setelah isi kereta itu selamat masuk dan berkunci pintunya. Datin menghantar tengku ke sekolah dan hari ini merupakan hari pertama tengku bersekolah di sekolah kebangsaan yang tidak jauh dari rumahnya itu..

Tengok anak dato pun sekolah kebangsaan...bukan tiada duit nak hantar ke sekolah private tapi dato dan datin mahu anak mereka bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Lagipun dato dan datin bukanlah dari keluarga yang senang lenang sejak dari dahulu lagi. Pernah merasai kesusahan hidup dan keperitan dalam mencari sesuap nasi untuk mengisi perut mereka. Alhamdullilah berkat usaha mereka berjaya pada hari ini.

Bersambung..... sapa pulak pak mail nie..memang dia pemandu..tapi siapa pak mail akan saya ceritakan dalam bab 2 nanti k...

No comments:

Post a Comment