ZamaN DoLu-DoLu....

ZamaN DoLu-DoLu....

abOuT mY DreAm

hai..i a new bloggers ..so please to meet you all. tunjuk ajar ku sifu... what my dream is? i just wanna be myself and to be a great person in this world..i hope so..but human all not perfect..so do i..but i can be among of the best if i want it..ur all can dream like me if u want it to be..it all depand on our desire to make it be true....and someday when ur realize ur can do it don't stop just like that ...just do it k....our life is short so enjoy it as ur can......('',)v



AbOuT mE

My photo
Where i stand, Where i live, Malaysia
Happy go lucky person..wanna make me hot? come and know me first..then we can get down if ur wanna babey..hahaha

Thursday, October 14, 2010

E-NOVELLA KU YANG PERTAMA



TATKALA KU PEJAMKAN MATA

E-NOVELLA PERTAMA KU......

ku leka dengan dunia fana..mencari erti sebenar siapa diri ini..........ku melangkah lemah tanpa sesiapa di sisi..tatkala itu kau hadir dalam hidup ini membawa sinar bahagia......

Bila kau disisi ku rasakan dunia ini kembali berseri..kau bimbing langkahku..kau sambut tanganku tatkala ku ingin terjatuh...kau bagai mimpi indah yang telah lama ku impikan.....

Kau ubati hati ini untuk berkongsi kasih dengan mu kasih..kau lakarkan mimpi indah untuk ku beradu ..kau bagaikan angan-angan yang sukar untuk ku lupakan.
Segalanya bermula disini..................

Datin Liza dan Dato’ Azman telah lama menunggu kedatangan cahaya mata, setelah lama menunggu hampir 9 tahun. Berkat usaha dan doa kepada illahi, akhirnya mereka dikurniakan sebutir permata yang tidak ternilai harganya. Begitu sayang mereka kepada Tengku......sehinggakan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap ke atas kulit anak kesayangan mereka. Sanggup berjaga malam untuk memastikan Tengku dapat tidur dengan lena. Begitu sayang sekali mereka terhadap tengku, sehinggakan Datin Liza sanggup berhenti daripada segala aktiviti kedatinannya dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Manakala Dato’Azman pula sering pulang awal ke rumah untuk bermain dengan anak kesayangannya itu. Tidak seperti sebelum ini, masing-masing dengan urusan sendiri dan jarang bersama. Saat ini rumah itu dilimpahi kasih sayang yang tidak terhingga kerana telah hadirnya cahaya menerangi kehidupan Datin Liza dan Dato’Azman.

(Tinggalkan semua itu sebentar kita tumpukan siapa Tengku pulak...)

Tanggal 31 Ogos 1986, seorang bayi telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, tepat jam 12.05 a.m, keluarnya seorang bayi lelaki daripada rahim ibunya yang telah ditatang selama 9 bulan 10 hari. Nama diberi Tengku Nur Aliff yang bermaksud cahaya yang pertama kerana Tengku merupakan cahaya yang pertama yang hadir dalam hidup Datin Liza dan Dato’Azman yang bakal merubah segalanya. Tengku merupakan seorang bayi yang sangat comel dan mempunyai sepasang mata yang cantik, bulu matanya panjang dan lentik, pipi yang gebu dan putih melepak seakan-akan bayi arab. Semua itu mungkin diwarisi daripada Dato’Azman kerana Dato’Azman merupakan seorang yang berdarah campuran daripada melayu, cina, dan arab. Mungkin itu semua telah diwariskan kepada Tengku, mata dan bulu mata yang panjang dan lentik itu mungkin diwarisi daripada Datin Liza kerana Datin memang merupakan seorang wanita yang cantik dan mempunyai sepasang mata yang sungguh menawan yang dapat menundukkan sesiapa yang memandangnya.

(jom kita lompatkan cerita nie sikit...)

7 tahun kemudian......................segala cerita bermula....

Nantikan bab 1 daripada e-novella : TATKALA KU PEJAMKAN MATA.......

-BAB PERTAMA AKAN DITERUSKAN BERDASARKAN KOMEN-KOMEN ANDA..SILA KOMEN YEA..MANA TAU ADA KESALAHAN TATABAHASA..SAYA NIE BM DAPAT C JEW...

No comments:

Post a Comment