ZamaN DoLu-DoLu....

ZamaN DoLu-DoLu....

abOuT mY DreAm

hai..i a new bloggers ..so please to meet you all. tunjuk ajar ku sifu... what my dream is? i just wanna be myself and to be a great person in this world..i hope so..but human all not perfect..so do i..but i can be among of the best if i want it..ur all can dream like me if u want it to be..it all depand on our desire to make it be true....and someday when ur realize ur can do it don't stop just like that ...just do it k....our life is short so enjoy it as ur can......('',)v



AbOuT mE

My photo
Where i stand, Where i live, Malaysia
Happy go lucky person..wanna make me hot? come and know me first..then we can get down if ur wanna babey..hahaha

Monday, October 18, 2010

BAB 2 : PERJALANAN KU BERMULA

BAB 2 : PERJALAN KU BERMULA......

[Prolog]

“ “cuba engkau mengerti”
“Apa yang tersirat dihati”
“Apa lagi yang kau mahu”
“ku milik mu.......”.....

Lagu yang didengari oleh Tengku daripada mp4 yang Tengku milikki. Mp4 tersebut dihadiahkan oleh Adrian, kawan dan merangkap sahabat baik Tengku sejak zaman sekolah lagi. Mereka berdua memang sahabat yang rapat dan tiada rahsia yang tersimpan kecuali soal perasaan sahaja.....”

Cinta dan perasaan sayang tidak mudah untuk dijual dan dibeli. Ia tersemai dengan sendirinya di antara dua hati yang telah lama mengenali. Andai badai menghempas pantai, tidak akan goyah perasaan kasih itu. Tak semua manusia mengerti akan kasih sayang yang wujud di setia hati manusia. Ada yang ketagihkannya, ada yang ingin lari daripanya dan ada yang menciptanya untuk kebahagiaan sendiri. Nah kasih sayang memang diperlukan oleh setiap insan di muka bumi ini, cuma manusia yang suka untuk menafikannya...............

kasih fahamilah sekeping hati ini yang hanya ingin bersama mu..................





(jom kita citer pasal pak mail si pemandu kepada dato’dan datin)

Setelah datin dan tengku memasuki kereta dan ditutup pintunya, pak mail memandu kereta BMW itu dengan kelajuan yang sederhana, meluncur lancar kereta itu meninggalkan halaman rumah setelah pintu pagar itu terbuka luas untuk memastikan isi rumah itu keluar untuk mencari rezeki. Tenang sungguh pagi itu, namun ada sekeping hati yang agak resah dan gelisah. Mungkin risau agaknya.

“kenapa anak mama nie nampak risau jew”Tanya Datin Liza kepada anak manjanya itu.

“nothing mummy,”balas tengku yang mula berkeringat di dahinya itu meski pun aircond terpasang sejuk.

Apa sajalah yang difikirkan tengku itu sehinggakan berkeringat didahinya. Mungkin ada perkara yang dirisaukannya.

“habis tue..kenapa anak mama nie berpeluh” Tanya ibunya lagi.

“Tengku takut la mama” jawab anak kecil yang berasa takut itu.

“la...anak mama nie takut?..kenapa? ibunya menyoal lagi.

“tak tahu la..mama. tengku rasa tak sedap hati jew...”jawab Tengku.

“sudah-sudah la tue..perasaan tengku tue jew..mama tahu hari nie kan hari pertama Tengku sekolah rendah kan..mama dulu pun macam tengku jugak, takut nak ke sekolah pada hari pertama, sampai mama suruh arwah ibu mama dulu temankan mama sampai waktu sekolah habis “cerita ibunya kepada anaknya itu supaya tenang hati Tengku untuk seketika.

“yew ke mama, kalau macam tue mama kena temankan Tengku la hari nie kan” seloroh anak manja itu setelah mendengar cerita ibunya itu.

“ish..ish..ish... mana boleh mama temankan Tengku. Tengku kan dah besar tak kan nak mama temankan Tengku sampai habis waktu sekolah kot”balas ibunya hanya untuk menduga anaknya itu.

“ala mama nie..dulu mama kata ibu mama temankan mama time waktu mama first g sekolah..kenapa sekarang mama tak nak temankan Tengku pulak”balas Tengku dengan mulut muncungnya itu, merajuk manja anak itu dengan ibunya....

“ala..ala.. anak manja ibu nie....dah..dah..jangan merajuk, huduh buat muka macam tue tau. Yea la mama temankan Tengku, tapi sampai separuh hari jew tahu. Lepas tengku rehat mama nak balik kejap “balas ibunya cuba memujuk anak kecilnya itu.

‘okep...mama janji temankan Tengku sampai tengku rehat tau..jangan bohong..tuhan marah nanti masuk neraka”balas tengku.

“yea..yea..mama temankan Tengku k, don’t worry sayang mama tak tipu..mama takut masuk neraka sebab cakap bohong”jawab datin kepada Tengku sambil merapikan rambut Tengku, seorang budak lelaki yang sangat comel dan putih gebu.

Setibanya mereka sampai di sekolah, Pak mail membuka pintu untuk memastikan tuannya dapat keluar daripada isi perut kereta itu, datin mengarahkan Pak Mail untuk meletakkan kereta itu di tempat letak kereta. Arahan itu diterima tanpa sebarang bantahan. Memang seorang yang patuh Pak Mail ini. Mungkin juga beliau sudah biasa dengan arahan yang diberikan.

(lupa plak nak cerita pasal Pak Mail kan....hehehe..jom terbang jap kita kenal-kenal sapa Pak Mail)

Berusia 58 tahun dan telah berkerja dengan Dato’Azman dan Datin Liza selama 28 tahun. Pak Mail mempunyai 4 orang anak dan semuanya sudah besar-besar dan sudah ada yang berkahwin. Masih mempunyai isteri dan seorang anak yang masih belajar dan sedang menuntut di sebuah menara gading di luar Negara. Masih setia dengan dato’dan datin kerana beliau dengan Mak Jah sama juga banyak berhutang budi dengan dato’dan datin kerana banyak membantu keluarganya. Mana tidaknya, kalau status hanya pemandu kereta mana mampu untuk menghantar anak belajar ke luar Negara, walaupun mendapat pinjaman JPA daripada kerajaan masih tidak mampu untuk menghantar anaknya itu keluar Negara. Nasib baik dato’dan datin membantu pak mail.

Kalau dahulu, pak mail banyak membawa dato’ke sana ke sini, tetapi sekarang beliau mendapat arahan baru di mana kerjanya sekarang hanya membawa datin dan anaknya sahaja. Dato’sekarang lebih selesa membawa kereta sendiri dan hanya kadang kala akan mengunakan perkhidmatan Pak Mail, itu pun kalau beliau ingin ke luar Negara atas urusan perniagaan. Sekarang Pak Mail banyak masa terluang dan kebanyakkan masa juga dihabiskan bermain dengan tengku. Secara tidak langsung, Pak Mail merangkap datuk kepada Tengku dengan panggilan “Tok”.

(ok la tue sedikit sebanyak pasal pak mail..kalau nak tahu lagi pasal pak mail kena la baca cerita nie k..jom kembali ke sekolah)

Hari ini merupakan hari pertama Tengku menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Sebelum ini hanya ke taska dan suasana di sekolah rendah ini banyak perbezaannya kerana lebih ramai orang yang datang ke sekolah itu. Mana tidaknya kalau dahulu sekolah taska yang private, hanya segelintir sahaja yang mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah itu ( golongan kaya jew la kan). Sekarang Tengku akan bersemuka dengan dunia luar yang lebih mencabarnya.

“mama...tengku nak ke toilet la mama” beritahu Tengku kepada ibunya itu setelah dia perasaan sesuatu ingin terkeluar daripada adik kecilnya itu.

“jom kita cari toilet”balas ibunya sambil melihat ke arah sekeliling mencari tanda yang mengatakan itu adalah tandas.

Mujurla sekolah itu tidak berapa besar dan mudah untuk ibunya mencari tandas. Mahu tidak mahu ibunya terpaksa masuk ke tandas laki-laki. Tidak mahu dia membiarkan tengku masuk keseorangan, lagipun ketika itu ramai ibu yang juga masuk ke tandas itu untuk menemani anak-anak mereka ke tandas. Setelah selesai membuang air kecil, tengku dan ibunya itu berjalan ke kaunter pendaftaran. Berdasarkan pencapaian tengku sewaktu di taska dahulu, tengku layak untuk masuk ke kelas nombor satu. Bangga Datin Liza kerana anaknya itu dapat masuk ke kelas nombor satu, namun tidak ditunjukkan perasaan bangga itu dengan mendebik dada untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Sekadar senyum lebar kepada tengku, itu sudah mencukupi.

Itu lah datin, seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Mana tidaknya, beliau hanya memakai pakaian elegan dan hanya berpakaian baju kurung yang biasa, Cuma hiasannya sahaja yang nampak mewah sedikit tetapi tetap tidak menunjukkan bahawa dia datang daripada keluarga yang kaya kerana masih ada ibu-ibu yang lebih elegan daripadanya ketika itu. Biarlah asalkan selesa memakainya cukup, bukan untuk dijaja pakaian siapa yang paling cantik. Apa yang penting menghantar dan melihat anak-anak pergi ke sekolah pada hari pertama. Datin membawa tengku ke kelas yang telah diberitahu kepadanya sewaktu pendaftaran.

Kelas An-nur, sungguh sedap nama kelas itu, namun masih tidak ramai penghuninya lagi. Hanya beberapa orang murid dan ibu bapa yang menemani anak-anak mereka di dalam kelas itu kerana masih tiada guru yang ada di dalam kelas itu. Tengku dan ibunya memasuki kelas itu dan ibunya menyuruh Tengku duduk di hadapan di barisan tengah. Di belakangnya didukuki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang comel rupanya, tapi sayang tidak berteman. Maka, datin bertanya kepada budak itu...

“nama anak siapa, mak dengan ayah adik di mana? Soal datin kepada anak kecil itu.

“saya nama Puteri Sofea binti Kamarulzaman”jawab anak kecil itu tanpa menjawab soalan kedua daripada datin. Biasalah anak-anak kecil, kita tanya dua tiga soalan, yang pertama sahaja yang dia ingat..

“mak dengan abah sofea pergi mana”? tanya lagi datin kepada anak kecil yang bernama sofea itu.

“mak sofea dah balik jaga adik, ayah g kerja”jawab anak kecil itu tanpa rasa takut.

“wah..beraninya sofea ya”puji datin dengan sikap berani sofea yang tidak menangis seperti kebanyakkan anak-anak kecil lain yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka setelah mendaftar masuk ke kelas, mungkin kerana mereka terpaksa pergi bekerja untuk mencari rezeki namun begitu anak-anak kecil mana mahu mengerti itu semua, yang mereka tahu hanya mahu ibu bapa mereka berada disamping mereka ketika itu. Puas juga cikgu-cikgu yang bertugas di kelas itu memujuk anak-anak kecil itu.

“nie anak aunty, nama dia Tengku Nur Aliff bin Azman”datin memperkenalkan tengku dengan sofea. Sambil menyuruh anaknya itu bersalaman dengan sofea.

Dua tangan yang masih kecil itu berjabat tangan dan dari saat itu termeterai satu perjanjian yang bernama sahabat. Datin menyuruh sofea untuk duduk disebelah Tengku dan sofea tidak membantah dengan arahan itu dengan bangun dari tempat duduknya sekarang dan berpindah dan duduk di sebelah Tengku.

Sejurus itu, kelas tersebut kian dipenuhi dengan kelibat orang dewasa dan anak kecil. Makin ramai yang mula memenuhi dalam kawasan kelas itu. Pelbagai tingkah laku yang dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang gelak ketawa dan ada yang berkenalan diantara satu sama lain di mana ibu bapa sebagai jambatan kasih itu. Suasana di dalam kelas itu kian bingit dipenuhi dengan bual bicara orang dewasa yang cuba untuk kenal di antara satu sama lain. Datin Liza tidak melepaskan peluang ini untuk mengenali ibu bapa yang lain, cuma sekadar ingin berkenalan untuk megenali ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menjadi kawan sekelas tengku.

Dalam keadaa yang riuh rendah itu tiba-tiba terhenti apabila satu kelibat berkasut tumit tinggi lebih kurang 3 inci itu memasuki kelas tersebut, ketak...ketak...ketak...bunyi dia. Cikgu salmah memperkenalkan diri kepada isi kelas tersebut dan mengarahkan ibu bapa supaya meninggalkan anak-anak mereka di dalam kelas dan mengarahkan ibu bapa untuk berada di luar kelas supaya dia dapat memulakan dunia baru kepada anak-anak kecil yang berada dihadapannya yang hanya mengenali A,B,C.... dan 1,2,3.....itu. lagaknya seperti garang cikgu salmah itu, tetapi bila bersuara lembut bak sutera ditipu angin. Sedap sungguh suara wanita yang bergelar cikgu itu. Suara itu tiba-tiba terganggu apabila seorang kanak-kanak lelaki menangis di belakang.

“adik siapa nama”kata cikgu salmah dengan lembut menyapa kanak-kanak yang menangis itu.

“Putera Adrian Hakimi Bin Mansor, panggil saya Adrian jew”jawab penuh oleh kanak-kanak itu, petah berkata walaupun dalam keadaan menangis.

“sedapnya nama”, kenapa Adrian menangis nie”balas cikgu salmah

“saya takut...”balas anak kecil itu dalam ketakutan

“kenapa Adrian takut, cikgu kan ada kat sini.. kawan-kawan pun ramai kan”kata cikgu salmah.

“semua ada kawan, tapi Adrian tak da kawan”teresak-esak anak kecil itu tetapi sudah berenti menangis.

“ooo tak da kawan..nak cikgu kenalkan Adrian dengan kawan lain ke?”soal cikgu salmah

Tanpa membalas anak kecil itu mengangguk-angguk seakan-akan bersetuju dengan cikgu salmah. Adrian dibawa kehadapan dan diperkenalkan kepada semua isi kelas tersebut.

“murid-murid, nama kawan kita nie Putera Adrian Hakimi bin Mansor, dia tiada kawan lagi. Siapa nak kawan dengan Adrian sila angkat tangan” soal cikgu salmah kepada murid-muridnya.

Bila cikgu salmah menyoal murid-muridnya siapa yang mahu berkenalan dengan Adrian, seorang pun tidak mengangkat tangan bila cikgu salmah menyoal....kecuali tua tangan yang kerdil dan comel mengangkat tangan iaitu Tengku dan Puteri Sofea, memang berani sungguh anak-anak kecil ini dan memang ikhlas ingin berkawan dengan Adrian. Murid-murid lain bukan tidak mahu menganggkat tangan, mungkin sekali telah dipesan oleh ibu bapa supaya berhati-hati memilih kawan. Lucu juga kalau ada yang menasihati begitu kepada anak-anak (penulis ketawa kecil sendirian). Ibu tengku bangga dengan tindakan anaknya itu, memang tidak salah ajaran yang diajar kepada anaknya itu. Walaupun hanya melihat dari ruang luar kelas itu, ibu Tengku senyum lebar akan sikap anaknya itu dan jugak sikap kawan baru anaknya itu iaitu Puteri Sofea.

“siapa nama kamu”mengajukan soalan kepada Tengku.

“nama saya Tengku Nur Aliff Bin Azman”jawab tengku dengan gaya yang kaku, seperti tentera lagaknya.

“kamu pula siapa nama”soal cikgu salmah kepada sofea

“saya Puteri Sofea Binti Kamarulzaman, panggil saya sofea jew”jawab sofea kepada pertanyaan yang ditujukan kepadanya.

“sekarang Adrian dah ada kawan kan”jelas cikgu kepada Adrian yang kini mengukir senyuman kepada tengku dan sofea yang sudi menjadi temannya mulai hari itu.

Mereka bertiga telah memeterai satu ikatan janji yang tidak akan putus buat bila-bila meski pun mereka tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Perhubungan ini jugalah yang akan membawa mereka ke arah dunia yang penuh pancaroba dan dugaan setelah jari-jemari itu tersimpul bersalaman dan menjadi satu.

Satu perjalanan yang akan merubah keadaan dan kasih sayang yang akan tercipta di antara tiga hati ini.........

Nantikan episod seterusnya di dalam bab 3: Dunia Baru ku.

No comments:

Post a Comment