ZamaN DoLu-DoLu....

ZamaN DoLu-DoLu....

abOuT mY DreAm

hai..i a new bloggers ..so please to meet you all. tunjuk ajar ku sifu... what my dream is? i just wanna be myself and to be a great person in this world..i hope so..but human all not perfect..so do i..but i can be among of the best if i want it..ur all can dream like me if u want it to be..it all depand on our desire to make it be true....and someday when ur realize ur can do it don't stop just like that ...just do it k....our life is short so enjoy it as ur can......('',)v



AbOuT mE

My photo
Where i stand, Where i live, Malaysia
Happy go lucky person..wanna make me hot? come and know me first..then we can get down if ur wanna babey..hahaha

Thursday, November 4, 2010

BAB 4 : KALA INI KU SENDIRIAN (Bahagian 1)

BAB 4 : KALA INI KU SENDIRIAN (Bahagian 1)

[Prolog]

“Ku tahu kau masih setia menungguku...pernah terikat janji yang pernah kita semai dahulu. Kasih janji mu sentiasa ku pegang dan tersemat kemas di dalam hati ini, ku pegang janji ini biar apa pun yang berlaku.. ku harap kau juga begitu.. ku tahu walaupun kita berjauhan kerana cita-cita, namun ku tahu dan terasa yang engkau masih setia menanti untuk hati kita bersatu kembali....berikan ku sedikit masa lagi, kasih andai ada jodoh kita akan bersama seperti dulu-dulu......”



“Doushite??.....kelakuan manusia rakus menjamah sekalian alam, tidak dipeduli kesakitan yang ditanggung oleh sang bumi. Dirobek badannya, ditebas rambutnya dan dibinakan kilang-kilang yang bisa mencemarkan alam sekitar. Kering kontang kulit sang bumi yang dahulunya segar bugar dan sungguh nyaman sekali. Itu dahulu manusia tidak tahu akan kemajuan teknologi, bila manusia mula mencipta sesuatu hanya kepentingan diri yang diutamakan.

“Ahhh.. adakah mereka peduli akan kesakitan yang ditanggung oleh ku..tidakkkkk..hanya ingin memuaskan hawa nafsu serakah mereka sahaja. Sakit badan ku ini..pening kepala ku dibuatnya. Jangan ingin sesekali mencabar ku..akan ku kerjakan jika amarahku ini sudah sampai di puncaknya.....”(pesan sang bumi kepada sekalian makhluk terutamanya yang bergelar manusia).


KALA INI KU SENDIRIAN.......

Begitulah bagaimana tengku bertemu dan berkenalan dengan Adrian, Sofea dan Alesya. Mereka menjadi kawan yang amat baik mulai saat jari-jemari mereka bersalaman diantara satu sama lain. Sejak itu juga segala dilakukan bersama, tidak kiralah waktu belajar atau diluar sekolah. Cuma Sofea dan Alesya sahaja yang jarang bersama kerana rumah mereka jauh sekali dengan rumah Tengku dan Adrian. Maklumlah orang kampung duduk pun diceruk hutan sana. Tetapi itu tidak menghalang mereka berempat daripada bertemu diantara satu sama lain kerana kadang kala pemandu yang berkerja di rumah Tengku atau Adrian akan menghantar Sofea dan Alesya pulang dan ibu bapa mereka jugak tidak menghalang dan merestui persahabatan yang suci itu.

Pangkat dan darjat memang tidak difikirkan, mereka mahu anak-anak mereka bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Murni sungguh hati yang dimiliki oleh orang kaya itu, tidak seperti sesetengah orang kaya yang lain yang menghalang anak-anak mereka daripada berkawan dengan anak orang miskin. Tidak sama taraf katanya. Ish..ish.. memang dasar orang kaya yang tidak sedar diri. Rezeki itu diberi oleh tuhan kepada sekalian makhluknya cuma siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih tetapi ada juga yang cuba menipu dan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Setiap saat masa berjalan tanpa menoleh dan menunggu sesiapa. Siapa yang ketinggalan haruslah cepat tersedar dan mengejarnya kembali agar tidak tercicir kemudian hari.

Sejak hari pertama bersekolah sehingga darjah enam dan kini hampir tiba untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tengku, Adirian, Sofea dan Alesya masih berada di dalam kelas An-nur, banyak juga rakan-rakan yang lain telah bertukar kelas kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan dan tempat mereka digantikan dengan murid kelas lain yang mendapat keputusan yang baik.

(Suatu petang di taman permainan................)

“tengku, awak dah sedia kew nak hadapi peperiksaan UPSR yang dah nak dekat nie”tanya Adrian tatkala mereka berhenti seketika sewaktu bermain di padang permainan yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka.

“yup, dah sedia. Awak plak macam mana ad”balas tengku yang membahas Adrian sebagai Ad sahaja.

“tah la, aku rasa macam tak sedia jew lagi.tapi tuisyen, kelas tambahan semua aku dah pergi” keluh Adrian dengan hembusan nafas yang kecil.

“ermm kena awak fikir macam tue”tanya tengku

“aku pun tak tahu la tengku, dua tiga hari nie. Hati aku macam tak sedap jew, tak tahu kenapa”jawab Adria

“ermmm, ada yang tak kena la tue. Ko nie mabuk angau agaknya..hehehe” balas tengku sambil tergelak kecil

Hinggap satu cubitan dipipi tengku tatkala dia berkata-kata sebentar tadi.

“aduhhh...sakit la Ad oii” marah manja tengku.

“haha...padan muka ko” kata Adrian

Petang itu, penuh gurau senda dan ikatan persahabatan itu semakin akrab dan semakin mesra. Anak-anak kecil itu berkejar-kejaran dan bergusti lagaknya sambil senyum dan ketawa riang kedengaran menghiasi petang itu. Tercipta satu kenangan yang mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh dua hati tersebut.

Di sekolah.............. hari isnin tahun 1998

“murid-murid sekalian, khamis ini akan diadakan bacaan yassin sempena peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada minggu depan. Saya harap murid-murid sekalian dapat membawa ibu bapa sekali untuk majlis bacaan yassin yang akan diadakan di dewan peperiksaan”ujar Cikgu Roslan yang merupakan guru kelas kepada 6 An-Nur itu.

“baik cikgu” balas murid-murid.

“bagus, ingat jangan lupa bawa bekas untuk diisikan dengan air yassin nanti” tambah Cikgu Roslan.

“Baik cikgu”itu saja yang murid-murid itu tahu cakap, dari dulu sampai la sekarang. Tidak juga berubah-rubah...

Tiba waktu untuk peperiksaan UPSR............

“awak, saya harap awak jawab baik-baik ya soalan exam nanti” kata tengku kepada Adrian

“ok..awak pun sama k”balas Adrian yang kelihatan tenang.

“OK” balas tengku kepada Adrian.

Alesya dan Sofea awal-awal lagi sudah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Mungkin terlalu beria-ria mahu menjawab soalan peperiksaan yang bakal berlaku beberapa minit sahaja lagi.

Seminggu berlalu...............peperiksaan UPSR sudah berlalu dan kini hanya menunggu keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi. ( kalau tak salah dalam 2-3 bulan la kena tunggu gak kan).

Jom merentasi masa lagi..........

Tahun 2003......

Seminggu lagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan bakal menjelma, setiap insane yang bergelar pelajar yang sedang belajar di tingkatan 5 semuanya kian menyibukkan diri dengan mentelaah pelajaran. Entah apa yang dibaca dan dihafal oleh mereka. Buku dibawa kesana kesini, ada yang menjinjingnya, ada yang mengepitkan buku di ketiak dan ada yang melambung-lambungkan buku teks yang diberi pinjam secara percuma itu.

Pelbagai ragam karenah anak muda yang bakal menempuh peperiksaan SPM yang bakal tiba tidak lama lagi.... di satu sudut ruang membaca di dalam perpustakaan terlihat satu kelibat seorang kumbang yang sungguh baik rupanya, dan telah menjadi gilaan bunga-bunga di taman yang menanti-nanti bila kumbang tersebut akan hinggap di atas mereka. Siapa lagi kalau bukan si Adrian, seorang ketua pengawas di sekolah tersebut. Adrian memang popular semenjak memasuki alam persekolahan yang lebih dewasa itu dan merupakan seorang pelajar harapan sekolah. Mana tidaknya ketika dahulu sewaktu UPSR, Adrian telah mendapat 4 A dan 1 B.. (kira budak pandai la tue).

Ada satu kelibat lagi yang berada di sebelah Adrian dan siapa lagi kalau bukan Tengku seorang budak harapan sekolah juga yang dijangkakan akan mendapat 10 A berdasarkan pencapaian Tengku sewaktu percubaan SPM ( dapat 9 A1 dan 1 A2 tue). Pandai sungguh Tengku, mana tidaknya balik sekolah saja ada cikgu tuisyen sudah menanti beliau di rumah. tidak sempat rehat sudah kena belajar lagi (keluh kesah budak-budak...padahal cikgu tuisyen datang selepas Tengku berehat selama 2 jam).....setelah menjadi pelajar terbaik sewaktu UPSR dahulu dan juga telah muncul sebagai pelajar terbaik di negeri dimana Tengku diami tetapi telah tewas pada peringkat kebangsaan kerana seorang anak penoreh getah telah mengambil gelaran pelajar terbaik UPSR seluruh Malaysia.

Kala itu, Sofea dan Alesya sibuk berborak kerana ketika itu waktu rehat. Walaubagaimanapun di hujung minggu, empat sahabat baik tersebut akan menghabiskan masa bersama-sama dengan belajar di rumah Sofea atau Alesya. Syukur kepada tuhan kerana telah memanjangkan persahabatan empat insan ini sehingga ke hari ini (amin...). walaupun ada suka duka dan ribut yang melanda tetapi ukhwan dan ikatan persahatan yang pernah ditemeterai sewaktu pertemuan pertama mereka tetap kukuh di setiap hati mereka berempat dan pada waktu yang sama mereka berempat telah tergolong di dalam pelajar harapan sekolah untuk mendapat keputusan yang baik di dalam SPM yang bakal ditempuhi seminggu lagi.

Selepas SPM........ suatu petang di pantai yang begitu indah sekali pemandangannya, dua sahabat karib duduk memandang pantai yang sungguh indah sambil memerhatikan sang suria yang mula mahu beradu dan bakal digantikan dengan sang bulan.....

“Ad, awak mahu buat apa selepas nie. SPM pun dah habis, so what ur future planning” tanya Tengku kepada Adrian.

“tah la awak, aku pun tak tahu nak buat apa. Tapi.......my fathers asking me if i wanna...” jawab Adrian yang tidak habis bercakap.

“your father ask about what Ad”tanya Tenku lagi.

“dad i tanya i kalau Ad dapat keputusan baik dalam SPM nanti, ayah Ad nak hantar Ad belajar ke oversea” jawab Adrian dengan hati yang berat (tidak diketahui kenapa beliau rasa sedemikian)

“ermm, bagus la tue. My mom also asking me the same question and kalau boleh dia nak Tengku sambung belajar dalam Businnes Managment”balas Tengku

“that great”pendek ucap Adrian

“yeah, sejak papa dah tak da, mama yang take over company. Lagi pun mama Tengku tue bukan muda lagi. That why mama nak tengku belajar dalam perniagaan and take over our company business in the future” balas panjang Tengku yang sudah ada jalan untuknya pada masa hadapan.

‘waa..that owesome...nanti kalau Tengku dah take over the business bleh la Adrian kerja dengan Tengku ya” kata Adrian

“elehhh. Nak ke kerja dengan saya. Ayah awak pun ada business sendiri kan. Take over la perniagaan ayah awak, yang nak sibuk-sibuk kerja dengan saya buat apa” jawab Tengku.

“saya tak minat la nak berniaga nie..that not my taste. Saya suka kalau awak jadi bos saya..hehehe... awak amik saya jadi setiausah sulit awak k. Bleh la kita skandal-skandal nanti..hahahaha”gelak besar Adrian yang cuba memecahkan kesunyian waktu senja di situ.

Tengku pun turut ketawa kecil sambil menumbuk manja bahu Adrian.

Perbualan petang itu terhenti disitu apabila satu suara mula memanggil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing bagi menunaikan kewajipan yang dituntut ke atas setiap insan yang beragama islam (solat maghrib la....)

Hari keputusan SPM keluar.......

“TAHNIAH.....”

“TAHNIAH Tengku”

“TAHNIAH KEPADA AWAK BEREMPAT”

“TAHNIAH...........TAHNIAH....TAHNIAH........”

“tahniah sayang....”

“tahniah, mama sayang Tengku”

Orang ramai mula berkerumun di papan kenyataan untuk melihat keputusan SPM yang telah diumumkan pada hari ini dan seperti yang dijangkakan, Tengku muncul sekali lagi sebagai pelajar terbaik di sekolah itu dan mungkin dalam daerah dan negeri dan juga mungkin akan muncul sebagai pelajar terbaik di Malaysia.

3 bulan kemudian...............

“awak, saya harap awak tak akan lupakan saya k..”ucap Adrian kepada Tengku yang akan berangkat ke London bagi melanjutkan pelajarannya di sana dalam bidang perniagaan seperti yang telah dirancang awal-awal lagi.

“saya pun harap awak tak kan lupakan saya. By the way awak pun akan pergi ke Ducthland kan? “ balas Tengku.

“yup babey, next month saya akan bertolak”ujar Adrian

“ok..Belanda dengan Londan tak jauh sangat pun, just one flight straight away jew”balas Tengku.

“tengku awak jangan lupakan saya dan Alesya ya, kami dekat sini sentiasa mendoakan Tengku” kata suara halus yang dimiliki oleh Puteri Sofea sambil mutiara suci mula berbaris keluar menjadi aliran air yang membasahi pipi Sofea.

“Puteri, saya sayang awak dan Alesya dan awak semua. Saya akan sentiasa merindui saat-saat kita bersama-sama dahulu. Saya tidak akan lupakan semua itu”balas Tengku.

“sayang it time to depart”kata Dato’Seri Liza. ( waa dah dapat pangkat dato’Seri dah datin Liza sekarang).

“you guy i love you always”kata tengku sambil melambai-lambai tanda perpisahan mereka demi mengejar cita-cita.

Tanpa disedari sebutir demi sebutir permata bercahaya telah menitis membasahi pipi tengku. Tiada siapa yang tahu sebabnya, mungkin sekali kerana berpisah dengan kawan-kawan karibnya. Tetapi sebelum Tengku berlepas, Adrian sempat memberikan satu bungkusan untuk tengku. Entah la apakah isi kandungannya. Kita tunggu sehingga Tengku bukak bungkusan itu.

Foward sikit citer nie....in the flight

Mama Tengku telah lena tertidur disebelah kerusi Tengku, mungkin penat benar dan masa perjalanan untuk sampai ke London mengambil masa yang agak panjang (may be dalam 9 – 10 jam). Tatkala itu Tengku teringat akan bungkusan kecil yang diberikan oleh Adrian sewaktu di KLIA tadi.

Dengan cermat Tengku membuka bungkusan kecil itu, baginya tidak perlu untuk tergesa-gesa kerana dia sangat sayangkan bungkusan itu (ermm sayangkan sapa la tue kan). Sikit demi sedikit balutan bungkusan itu dibuka, sungguh cermat Tengku membukanya sehinggakan tiada bahagian kertas yagn terkoyak.

“ishh Adrian nie, kalau balut hadiah mesti banyak guna solatapes”gerutu hati Tengku namun masih tenang dan sabar membuka bungkusan itu. (sambil ketawa kecil)

“apa la yang ad tgah buat sekarang ini ya”fikiran Tengku tetiba melayang memikirkan Adrian.

“macam mana la pulak Sofea dan Alesya”fikiran Tengku merewang teringatkan kawan-kawan karibnya itu. Mungkin dia sudah merinduinya walaupun baru 4 jam berpisah.

Sambil fikiran Tengku melayang entah kemana, mungkin sekali teringatkan saat-saat indah bersama kawan-kawannya.

Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak fikiran Tengku......

“Panggil doremon kejap”...arah penulis kepada pembantunya yang sibuk membaca komik doremon.

“nak buat apa bos”balas pembantunya

“aku nak pinjam alat doremon kejap”kata penulis lagi

“doremon tengah sibuk la bos, dia tgah dok makan kuih dorayaki”balas pembantu penulis

“ala, kenapa time nie dia nak makan pulak..ishhhh tak pa la aku pinjam kat kirosuke jew la”balas penulis yang sikit marah kepada doremon sebab saat-saat nak mintak bantuan time tue la doremon tue g makan. Ish3...

Sambung cerita setelah alat dari kirosuke dipinjam..(alat melihat fikiran...)..dah ada alat nie senang sikit nak tengok apa yang bermain dalam kotak fikiran Tengku tue kan.

Dalam kotak fikiran Tengku..................

Hari sabtu, jam 8.00 malam di rumah Tengku....31 Ogos 2003

Meriah sungguh sambutan harijadi tengku yang ke – 17 . Ramai yang mengucapkan ucapan selamat hari jadi kepada tengku kecuali seorang lagi yang tidak sampai-sampai untuk mengucapkan kata-kata itu kepada Tengku.

Foward sampai jam 10 malam...

“mana ad nie, kata nak datang awal. Sekarang dah jam 10 malam”gerutu hati tengku dan mulutnya mula muncung 12 inci. Merajuk remaja itu dengan kawannya itu. Siapa lagi kalau bukan si Adrian.

Kala itu, seorang demi seorang kawan-kawan sekolahnya telah pulang ke rumah. hanya tinggal Sofea dan Alesya sahaja yang membantu mama tengku berkemas. Mak Jah dah berenti dari kerja di rumah itu kerana terlalu tua dan telah tinggal bersama-sama anak-anaknya. Namun hubungan mereka tetap akrab kerana tengku dan mamanya akan melawat Mak Jah sekali sekala atau sewaktu Tengku rindukan belaian orang tua itu. Setelah abis mengemas Sofea dan Alesya telah pulang ke rumah masing-masing dengan kereta yang telah disediakan oleh mama Tengku yang mengarahkan pemandunya supaya menghantar mereka berdua pulang ke rumah.

Sekarang pembantu rumahnya telah digantikan dengan tuti iaitu seorang pembantu rumah yang datang dari Indonesia. Urusan rumah sekarang telah diserahkan kepada Tuti dari mengemas hinggakan memasak.

Jam 11.oo malam.................

Tiba-tiba telefon bimbit Tengku berbunyi dan nama dan gambar Adrian terpampang di skrin telefon bimbitnya.

......ring..ring.....lagu dialova berbunyi.......baru separuh suara penyanyi itu mahu menyanyi sudah ditekan butang accept calling oleh tengku.

Perbualan telefon........

“hello...awak kat mana sekarang nie. Kata nak datang awal.dari tadi saya tunggu awak tau. Sekarang semua orang dah balik. Sofea dan Alesya pun dah balik awak tahu tak”bebel panjang Tengku kepada Adrian.

“awak saya mintak maaf, saya tak dapat datang awal... sekarang saya otw datang rumah awak, tapi boleh awak tunggu saya depan rumah awak? Balas Adrian yang sedang memandu kereta.

“nak tunggu apa nya kat depan rumah, awak parking jew la then masuk ke dalam. Saya tak nak tunggu kat luar. Banyak nyamuk. Lagi pun dah lewat sangat”balas tengku yang sedikit garang

“ala awak nie banyak membebel la. Tunggu jew kat depan rumah awak tue. Saya amik awak depan rumah awak”jawab Adrian.

“nak amik saya pergi mana. Ala lagipun rumah awak dengan rumah saya bukannya jauh pun, 2 kilometer jew kot”sindir tengku kepada Adrian.

“saya bukan dari rumah saya, i’m at somewhere but near at ur house. Wait me at ur infront house k bebey”balas Adrian dan talian dimatikan.

“mangkuk ayun betul Adrian nie, tetiba jew dia matikan talian. Siap kau”gerutu hati tengku yang akur juga dengan permintaan Adrian itu yang menyuruhnya menunggu di hadapan rumahnya.

Usai itu, tengku melangkah keluar dari rumahnya dan menuju ke pintu hadapan rumahnya dan menunggu Adrian dihadapan rumahnya itu.

5 minute later..........adrian pun sampai..

“tengku, inside in the car. I wanna take ur someplace”arah Adrian

Tanpa berkata sepatah pun Tengku masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Adrian.

“where ur wanna take me”tanya tengku kepada Adrian

“someplace that special”jawab pendek oleh Adrian

“special?” getus dalam hati tengku

30 minit kemudian........diaorang pun sampai di tempat yang ditujui....terlena seketika tengku dibahu Adrian. Sukar juga untuk Adrian memandu dalam keadaan begitu, namun Adrian hanya membiarkan sahaja, mungkin kesian agaknya melihat kawannya itu kepenatan. Setelah sampai Adrian mengejutkan tengku.

Di atas bukit, yang sunyi sepi tetapi pemandangan sungguh indah kerana mereka dapat lihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Ada sebuah kedai kecil yang tidak jauh dari tempat hentian mereka. Adrian menarik tangan Tengku dan mereka menuju ke gerai kecil yang tiada pelanggan itu, yang ada cuma mak cik dan pak cik tua. Mungkin mereka itu empunya kedai dan memang sah mereka tue tuan punya kedai kerana mereka sedang menyediakan “something”.

Cantik sungguh pemandangan malam itu, langit cerah dan bintang menyinar berkelip-kelipan di angkasa raya. Hanya bercahayakan lilin dan lampu samprong, sudah terhias satu meja yang sungguh cantik hiasanya.

Tiba-tiba....................................

“alamak, elektrik terputus plak”jerit penulis

“dol, ko pergi tgk suis elektrik apa problem dia”penulis memberi arahan kepada pembantunya itu.

“baik bos”jawab dol

“bos..suis ok..may be tak da elektrik la”kata dol setelah memeriksa kotak suis.

“ala..kenape bleh jadi macam nie, time tgah ada idea nie la hal2 alah nie nak terjadi”gumam penulis.

“kepada pembaca sekalian maafkan saya ya. Oleh kerana elektrik tidak ada maka dengan ini saya mengistiharkan cerita ini akan bersambung pada next episode”kata penulis buat pembaca.

Penulis dengan berianya mengemas barang-barang dan pulang ke rumah.

“dol, saya balik dulu ya. Nanti awak tutup opis nie k”penulis member arahan kepada pembantunya itu.

“baik bos”balas dol pendek. Itu jew la yang selalu dikatakan oleh dol kepada bosnya itu.


KATA-KATA HIKMAH DARI KU
“Cinta dan mencintai adalah lumrah manusia. Kasih dan mengasihani memang sebati dalam hati manusia. Namun kita ini jenis manusia yang bagaimana?”

fikir-fikirkan dan selamat membaca................

No comments:

Post a Comment